Loading...
Judul : 2 rakyat Malaysia maut bertempur tentera Filipina
link : 2 rakyat Malaysia maut bertempur tentera Filipina
2 rakyat Malaysia maut bertempur tentera Filipina
KOTA KINABALU: Abduraman Asmawi dan Dr Kamsa Yahya yang dilaporkan terbunuh di wilayah selatan Mindanao semalam, antara empat rakyat Malaysia dipercayai anggota kumpulan militan Daesh terbabit dalam pertempuran dengan tentera Filipina.
Sumber Bukit Aman memberitahu BH, secara keseluruhannya enam rakyat Malaysia dilaporkan berada di Mindanao termasuk bekas pensyarah Universiti Malaya, Dr Mahmud Ahmad yang belum diketahui nasibnya, namun empat daripada mereka terbabit dalam pertempuran dengan pihak keselamatan.
Kata sumber itu, Abduraman yang berasal dari Kelantan dan Dr Kamsa dari Kedah, memasuki negara jiran itu antara dua hingga tiga tahun lalu dengan alasan terbabit dalam aktiviti tabligh, namun sebaliknya aktif sebagai anggota militan Daesh.
"Ada antara mereka pernah ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana disyaki terbabit dalam aktiviti yang memberi ancaman kepada keselamatan," katanya ketika dihubungi di sini, sebentar tadi.
Mengenai laporan kedua-dua terbunuh dalam pertempuran itu, sumber itu berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang berhubung dengan pihak berkuasa Filipina bagi mendapatkan pengesahan mengenainya.
"Kita ada terima laporan (dua rakyat Malaysia terbunuh) tetapi perlu dapatkan pengesahan pihak berkuasa Filipina terlebih dahulu," katanya.
Media Filipina melaporkan Abduraman dan Dr Kamsa adalah antara 13 anggota militan Daesh yang terbunuh dalam pertempuran di pekan Marawi, manakala lima askar serta seorang polis turut terbunuh.
Operasi tentera Filipina di selatan negara itu semakin dipergiatkan selepas Presidennya, Rodrigo Duterter mengisytiharkan pemerintahan tentera di wilayah berkenaan sebagai usaha menghapuskan militan Abu Sayyaf dan Daesh.-BHOnline
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qpFQAA
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel 2 rakyat Malaysia maut bertempur tentera Filipina
Sekianlah artikel 2 rakyat Malaysia maut bertempur tentera Filipina kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel 2 rakyat Malaysia maut bertempur tentera Filipina dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/2-rakyat-malaysia-maut-bertempur.html
0 Response to "2 rakyat Malaysia maut bertempur tentera Filipina"
Catat Ulasan