Judul : 3 Gambar suspek rogol cashier bergilir-gilir terjatuh dari tingkat 12 dan meninggal
link : 3 Gambar suspek rogol cashier bergilir-gilir terjatuh dari tingkat 12 dan meninggal
3 Gambar suspek rogol cashier bergilir-gilir terjatuh dari tingkat 12 dan meninggal
Suspek kedua kes samun dan rogol di sebuah premis judi di Bandar Kinrara, Puchong, yang sebelum ini viral dalam laman sosial, mati selepas terjatuh dari tingkat 12, PPR Semarak, Setapak, malam tadi, ketika serbuan polis.
Dalam kejadian jam 10.10 malam itu, suspek berusia 22 tahun terbabit cuba melarikan diri dengan turun ke bawah menerusi jeriji dapur rumah berkenaan selepas menyedari sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Selangor dan Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Serdang, menyerbu satu unit kediaman PPR berkenaan.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias, berkata polis mengetuk pintu beberapa kali sambil memperkenalkan diri namun penghuni enggan membuka pintu.
“Berikutan itu, polis terpaksa memotong kunci mangga dan memecahkan pintu dan mendapati seorang lelaki dan seorang wanita berada di ruang tamu. Pada masa sama kedengaran bunyi barang-barang jatuh di bahagian dapur sebelum mendapati seorang lelaki bergayut di bahagian luar dapur.
“Dia cuba melarikan diri dan polis memujuknya untuk masuk ke dalam dan menyerah diri namun suspek enggan berbuat demikian sebelum terjatuh,” katanya kepada media.
Megat Mohamad Aminuddin berkata, suspek yang masih bernafas di bawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) namun disahkan meninggal dunia ketika tiba.
Suspek pertama berusia 26 tahun ditahan di rumah sewanya di Kuala Selangor, pada 14 Mei lalu selepas dipercayai terbabit dalam kejadian samun dan rogol berkenaan.
Mangsa rogol, pekerja premis warga Indonesia berusia 33 tahun yang melarikan diri sejurus kejadian, akhirnya tampil membuat laporan di Balai Polis Bandar Kinrara pada Rabu lalu, selepas lima hari menyembunyikan diri di rumah rakannya di selatan tanah air.
Turut sama membuat laporan adalah seorang seorang lagi pekerja di premis itu, iaitu lelaki warga Bangladesh berusia 34 tahun.
Pada 12 Mei lalu, satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) selama empat minit lima saat, yang menunjukkan dua lelaki merogol seorang wanita secara bergilir-gilir dalam kedai mesin judi viral di Facebook.
Rakaman video itu menimbulkan kemarahan netizen dan rata-rata mereka menggesa pihak polis menyelesaikan kes itu dengan segera.
Sumber: BH Online
Sumber 3 Gambar suspek rogol cashier bergilir-gilir terjatuh dari tingkat 12 dan meninggal
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pRx6be
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel 3 Gambar suspek rogol cashier bergilir-gilir terjatuh dari tingkat 12 dan meninggal
Anda sekarang membaca artikel 3 Gambar suspek rogol cashier bergilir-gilir terjatuh dari tingkat 12 dan meninggal dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/3-gambar-suspek-rogol-cashier-bergilir.html
0 Response to "3 Gambar suspek rogol cashier bergilir-gilir terjatuh dari tingkat 12 dan meninggal"
Catat Ulasan