Judul : 7 Checklist Sambut Ramadan Mudah Follow, Ibu Boleh Mula Lepas Asar Ini, Praktis Sampai Bangkit Sahur
link : 7 Checklist Sambut Ramadan Mudah Follow, Ibu Boleh Mula Lepas Asar Ini, Praktis Sampai Bangkit Sahur
7 Checklist Sambut Ramadan Mudah Follow, Ibu Boleh Mula Lepas Asar Ini, Praktis Sampai Bangkit Sahur
7 Checklist Sambut Ramadan Mudah Follow, Ibu Boleh Mula Lepas Asar Ini, Praktis Sampai Bangkit Sahur
Esok seluruh umat Islam di negara kita akan berpuasa (bagi yang mampu dan berkeupayaan berpuasa). Paling sibuk sebenarnya ibu-ibu baik yang bekerja mahupun tak. Anak-anak pun ada yang dah mula tanya macam-macam soalan tentang puasa.
Niat puasa macam mana, waktu buka nanti nak baca apa, ibu nak masak lauk sahur apa esok, terawih nanti nak pergi dengan siapa, nanti kalau abang puasa penuh ibu nak tak bagi upah RM50. Semua soalan tu buat ibu bahagia sebenarnya. Sebab itu tanda-tanda anak tak sabar nak sambut Ramadan sama dengan kita.
Jangan marah dengan pertanyaan anak-anak kita itu. Balas dengan tepat dan buat mereka lagi teruja nak bangun sahur (ini memang yang paling susah sekali). Bagi nak memudahkan ibu-ibu, Mingguan Wanita kongsi checklist mudah follow. Mulakan hari ini.
1. Mind Set Di Rumah Atau Tempat Kerja
Pertama sekali kena pasang niat, mahu jadi ibu yang memudahkan urusan berpuasa suami dan anak-anak selama sebulan. Hari ini dah boleh tetapkan. Buat rangka jadual untuk atau buku nota untuk memudahkan ibu checklist ibu nanti. Balik nanti kena lekat di peti ais buat peringatan.
2. Stok Sahur
Balik kerja nanti boleh singgah pasar raya atau kedai runcit cari bahan basah atau kering untuk bersahur.Contoh, bawang, cili kering, ikan bilis, telur, ayam, ikan dan sayuran. Lagi bagus kalau boleh beli stok seminggu. Jumaat depan, boleh ulang praktis sampai selesai tempoh sebulan.
3. Persiapan Di Dapur
Sampai saja rumah, anak-anak pun dah tak sabar nak tahu persiapan ibu. Ambil peluang terang jelas-jelas pada anak tentang ibadah puasa. Sebab apa kena puasa, apa yang boleh dan tak boleh dibuat masa berpuasa.
Dalam pada itu, ibu boleh buat pes untuk masak esok pagi. Kisar bawang merah, bawang putih, cili kering (ini sekadar contoh) masukkan dalam peti ais siap-siap. Esok tak kelam kabut.
Masak nasi malam, esok boleh panaskan. Kalau terbangun saat akhir, sekurang-kurangnya dah ada nasi. Kalau anda jenis bersahur dengan roti siapkan bahan-bahan itu atas meja siap-siap.
4. Tidur Awal, Set Jam Loceng
Sebelum tidur ajak anak-anak dan suami berniat puasa Ramadan untuk sebulan. Tidur awal, jam 9 tu dah minta mereka masuk tidur. Sebab esok nak kena bangun sahur. Ibu memang susahlah nak tidur awal, kalau bimbang tak terjaga, setkan jam loceng siap-siap. Cari bunyi yang memang boleh kejutkan satu kampung. Bunyi lemah gemalai tu boleh simpan dulu.
5. Solat Sunat Dulu
Sebaik terjaga, ambil peluang lakukan solat sunat taubat, tahajud, hajat. Tak dapat semua, dua tiga pun dan memadai. Bulan Ramadan ini kena gandakan pahala. Barulah masak dan kejutkan suami dan anak-anak bersahur. Jangan lupa minta anak makan buah kurma sebab khasiat kurma memberi tenaga sepanjang berpuasa.
6. Pesanan Untuk Diri
Pesan pada diri carilah pahala sebanyak-banyaknya di bulan puasa ini. Pesankan juga pada anak dan suami. Lakukan ini; solat awal waktu, pelihara kata-kata, kurangkan mengata atau mengumpat, banyakkan bersedekah, banyakkan bersabar, baca al-Quran (niatkan sampai khatam) ini masa perbaiki diri dan tingkah laku agar dapat kembali kepada fitrah manusia.
7. Berbuka Sederhana
Berbukalah dengan besederhana. Berbuka dengan kurma, kuih sepotong dua dan makanan berat misalnya nasi atau mi goreng. Sebabnya kita ini orang Malaysia, macam mana pun nasi mesti tak boleh tak makan. Selepas berbuka, bawalah keluarga ke solat sunat terawih di masjid. Andai kata ibu ada kekangan, lakukanlah solat sunat terawih di rumah.
Semoga rahmat Allah mendampingi anda dan keluarga serta orang-orang yang dekat dengan kalian. Amin
via Mingguan Wanita
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rW41IZ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel 7 Checklist Sambut Ramadan Mudah Follow, Ibu Boleh Mula Lepas Asar Ini, Praktis Sampai Bangkit Sahur
Anda sekarang membaca artikel 7 Checklist Sambut Ramadan Mudah Follow, Ibu Boleh Mula Lepas Asar Ini, Praktis Sampai Bangkit Sahur dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/7-checklist-sambut-ramadan-mudah-follow.html
0 Response to "7 Checklist Sambut Ramadan Mudah Follow, Ibu Boleh Mula Lepas Asar Ini, Praktis Sampai Bangkit Sahur"
Catat Ulasan