Loading...

7 produk kosmetik dikesan mengandungi racun berjadual

Loading...
7 produk kosmetik dikesan mengandungi racun berjadual - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 7 produk kosmetik dikesan mengandungi racun berjadual, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 7 produk kosmetik dikesan mengandungi racun berjadual
link : 7 produk kosmetik dikesan mengandungi racun berjadual

Baca juga


7 produk kosmetik dikesan mengandungi racun berjadual

PUTRAJAYA: Orang ramai dinasihat untuk menghentikan penggunaan tujuh produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual dan segera mendapatkan nasihat ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata antara produk yang terlibat adalah produk Vida Beauty Sdn Bhd iaitu Qu Gebu AP Krim yang didapati mengandungi hydroquinone dan tretinoin.

Katanya, produk Ezzueriche Wellness iaitu Night Glowing pula dikesan mengandungi merkuri dan Night Glow (hydroquinone dan tretinoin), produk Babiez Glow Skincare iaitu Glowing Speed Gold Day Cream dan Glowing Speed Gold Night Cream mengandungi merkuri dan begitu juga dengan produk Elsuhaz (M) Sdn Bhd iaitu Nour Ain Night Cream dan produk Ortus Expert Cosmetics iaitu Royal Expert Whitening Cream, kedua-duanya mengandungi merkuri.

Dr Noor Hisham berkata penjual dan pengedar produk-produk kosmetik tersebut diberi amaran untuk menghentikan penjualan dan pengedaran dengan serta-merta.

"Penjual adalah diingatkan bahawa penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik ini adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984," katanya.

Katanya individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh didenda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan-kesalahan berikutnya.

"Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya," tambahnya.

---BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r8dsHa

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Demikianlah Artikel 7 produk kosmetik dikesan mengandungi racun berjadual

Sekianlah artikel 7 produk kosmetik dikesan mengandungi racun berjadual kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 7 produk kosmetik dikesan mengandungi racun berjadual dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/7-produk-kosmetik-dikesan-mengandungi.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "7 produk kosmetik dikesan mengandungi racun berjadual"

Catat Ulasan

Loading...