Loading...

Adi Wira The Flash Bakal Kahwin Gadis Sabah

Loading...
Adi Wira The Flash Bakal Kahwin Gadis Sabah - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Adi Wira The Flash Bakal Kahwin Gadis Sabah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Adi Wira The Flash Bakal Kahwin Gadis Sabah
link : Adi Wira The Flash Bakal Kahwin Gadis Sabah

Baca juga


Adi Wira The Flash Bakal Kahwin Gadis Sabah


WASHINGTON DC – Dia muncul menerusi skrin TV sebagai adi wira Barry Allen dalam siri The Flash sejak 2014, namun Thomas Grant Gustin mencipta berita di Sabah, Malaysia baru-baru ini. 

Kisahnya bukanlah aksi lagak ngeri manusia penghapus jenayah jalanan diadaptasi daripada kartun popular terbitan DC Comics, sebaliknya cerita beliau mengesahkan pertunangan dengan gadis etnik Kadazan, Andrea Thoma.

Mereka sebenrnya mula berkenalan sekitar Januari 2016 dan khabar pertunangan pasangan tersebut yang diumum pada 29 April lalu namun hanya menjadi tular dalam kalangan pengguna media sosial tempatan awal bulan ini.

Kisah mereka berdua cuma didedahkan menerusi Instagram rasmi milik Gustin, 27, yang memaparkan Thoma dilihat merenung cincin pertunangannya dengan senyuman yang besar pada wajah sambil memeluk aktor itu. 

Gustin merupakan anak seorang profesor kolej dan jururawat pediatrik di Virginia, Amerika Syarikat. Selain watak hero dalam The Flash dan Arrow sehingga kini, dia pernah berlakon dalam siri popular, Glee dari 2011 hingga 2013.


Berdasarkan kenyataan akaun Instagram itu, Thoma dikatakan berasal dari Sabah melalui keluarga sebelah ibunya. Pasangan tersebut bagaimanapun tidak menyatakan bilakah akan melangsungkan perkahwinan mereka kelak. 

Gadis tersebut turut menyiarkan gambar keluarganya anggun memakai pakaian tradisional wanita Kadazan yang dipercayai dirakamkan di perkampungan ibunya sendiri, Kampung Kolopis di Penampang dekat Kota Kinabalu. 

Menerusi kapsyen pada gambar berkenaan, Thoma menjelaskan wanita dalam foto itu merupakan ibu saudara, sepupu dan dirinya di dalam pakaian terkenal warisan suku kaum Kadazan untuk festival Ka’amatan baru-baru ini.


Dalam sekeping lagi gambar lain dimuat naik melalui Instagram, Thoma turut menyiarkan keadaan dia bersama-sama ibu dan neneknya dengan keterangan ringkas yang berbunyi: “Tiga generasi wanita Majalap.” 

“Jangan main-main dengan kami, nenek moyang kami sebenarnya adalah pemburu kepala manusia. #notkidding #kadazan #sabah #borneo,” tulisnya lagi yang mungkin sekadar berjenaka. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA


Demikianlah Artikel Adi Wira The Flash Bakal Kahwin Gadis Sabah

Sekianlah artikel Adi Wira The Flash Bakal Kahwin Gadis Sabah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Adi Wira The Flash Bakal Kahwin Gadis Sabah dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/adi-wira-flash-bakal-kahwin-gadis-sabah.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Adi Wira The Flash Bakal Kahwin Gadis Sabah"

Catat Ulasan

Loading...