Judul : Adira Hilang 25 Kg Kerana Anggerik
link : Adira Hilang 25 Kg Kerana Anggerik
Adira Hilang 25 Kg Kerana Anggerik
Baharu sahaja melahirkan anak sulung yang diberi nama Anggerik sekitar Mac lalu, penyanyi Adira mendedahkan berat badannya turun sebanyak 25 kilogram.
Hebat! Tapi kata Adira, dia tidak melakukan sebarang diet atau senaman tertentu untuk mengurangkan berat badannya.
Tapi dia sekadar menjalani tempoh berpantang seperti amalan biasa wanita yang baharu bersalin.
“Semasa mengandung berat badan saya mencecah 74 kilogram dan Alhamdulillah selepas dua bulan bersalin kini hanya 49 kilogram sahaja.
“Jujurnya saya memang tak amalkan diet dan senaman yang ketat kerana bersalin secara pembedahan dan hanya berpantang biasa.
“Mungkin faktor saya menyusu badan menjadi antara faktor saya cepat kurus,” jelasnya .
Adira ditemui pada sidang media pengumuman Top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 3.0 (ABPBH3.0) yang diadakan di Galeri Prima di sini, Khamis.
Penyanyi lagu Aku Ada Kamu itu dicalonkan menerusi kategori Artis Sensasi bersama empat calon lain iaitu Elly Mazlein, Neelofa, Fattah Amin dan Uqasha Senrose.
Masih belum berpuas hati dengan berat badannya itu, Adira mahu mendapatkan kembali berat badannya sebelum hamil iaitu 42 kilogram.
Malah dia masih berpantang walaupun tempoh itu sudah selesai kerana ingin memastikan dia benar-benar pulih dan mendapat bentuk tubuh idaman.
“Walaupun berpantang dah habis tetapi saya tetap teruskan dengan tidak mengambil makanan berminyak dan minum air sejuk.
“Bukan kerana hendak kurus sangat tetapi lebih kepada ingin memastikan luka pembedahan saya benar-benar pulih,” ujarnya.
Bercakap mengenai rutinnya sebagai ibu, setiap hari dia mempelajari banyak perkara baharu dan menyifatkan ia sebagai pengalaman terbaik.
Adira berkahwin dengan usahawan Datuk Seri Adnan Abu di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015.
The post Adira Hilang 25 Kg Kerana Anggerik appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2p6aIuh
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Adira Hilang 25 Kg Kerana Anggerik
Anda sekarang membaca artikel Adira Hilang 25 Kg Kerana Anggerik dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/adira-hilang-25-kg-kerana-anggerik.html
0 Response to "Adira Hilang 25 Kg Kerana Anggerik"
Catat Ulasan