Loading...

Ah long pasang bom di kereta mangsa

Loading...
Ah long pasang bom di kereta mangsa - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ah long pasang bom di kereta mangsa, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ah long pasang bom di kereta mangsa
link : Ah long pasang bom di kereta mangsa

Baca juga


Ah long pasang bom di kereta mangsa


 Ah long pasang bom di kereta mangsa
Keadaan kereta milik mangsa akibat terkena bom buatan sendiri.
 
 
TAIPING – Niat seorang pekerja kilang kejuruteraan cuba melarikan diri daripada buruan ah long sejak lebih setahun lalu tidak berjaya apabila dia mengalami kecederaan di kedua-dua kakinya
selepas terkena letupan bom yang dipasang di keretanya dipercayai untuk menakutnya, dalam kejadian di Jalan Pengkalan Setia, Simpang, di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu itu, mangsa yang berusia 50 tahun, cedera dikedua-dua belah kakinya selepas menjadi mangsa bom buatan sendiri yang dipercayai dipasang ah long bagi tujuan mendapatkan bayaran hutang.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Harrith Kam Abdullah berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut kira-kira jam 10.10 malam daripada orang awam yang memaklumkan berlaku satu letupan di lokasi kejadian.

Menurutnya, hasil siasatan yang dijalankan, mendapati kejadian tersebut berlaku di kawasan luar rumah berhampiran jalan iaitu lokasi mangsa meletakkan kereta jenis Toyota  Corolla berwarna putih.

“Dipercayai mangsa yang bekerja di Bukit Mertajam, datang ke rumah berkenaan untuk melawat anak lelakinya sehari sebelum kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Dalam perkembangan berkaitan, difahamkan mangsa sebelum ini pernah menetap di Taiping sekitar tahun 2014 selama satu tahun setengah.

“Bagaimanapun, mangsa kemudiannya pulang semula ke Bukit Mertajam dan hanya anak lelaki berusia 17 tahun sahaja tinggal di rumah berkenaan,” katanya.

Mengulas lanjut, Harrith Kam berkata, sebelum kejadian, mangsa dipercayai hendak bergerak pulang semula ke Bukit Mertajam.

“Namun sebaik mangsa membuka pintu kereta bahagian pemandu, berlaku satu letupan yang kuat sekali gus mencederakan kedua-dua belah kakinya,” katanya.

Tambah Harrith Kam, hasil siasatan yang dijalankan di lokasi kejadian, pihak polis turut menemui beberapa besi, bateri, wayar pendek dan tali.

“Semua barang-barang tersebut dipercayai adalah komponen bahan letupan ‘low explosive’ buatan sendiri bagi tujuan mendatangkan kecederaan kepada mangsa,” katanya.



Demikianlah Artikel Ah long pasang bom di kereta mangsa

Sekianlah artikel Ah long pasang bom di kereta mangsa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ah long pasang bom di kereta mangsa dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/ah-long-pasang-bom-di-kereta-mangsa.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Ah long pasang bom di kereta mangsa"

Catat Ulasan

Loading...