Judul : Ahmad Idham tak senang media angkat Maria Ozawa jadi bahan berita
link : Ahmad Idham tak senang media angkat Maria Ozawa jadi bahan berita
Ahmad Idham tak senang media angkat Maria Ozawa jadi bahan berita
Laporan kedatangan bekas pelakon aksi lucah Maria Ozawa di sini tidak disenangi seorang pengarah filem tempatan.
Merungut di Twitter, Ahmad Idham Nadzri mempertikai media yang “mengangkat bintang pornografi sebagai bahan berita”.
“Apa yang kau fikir, hah? Come on lah, bintang lucah, kot!” coret pengarah popular itu kelmarin, hari pelakon Jepun itu meninggalkan Malaysia.
Ini sy memang tak faham! Reporter jenis apa lah yg angkat porn star jadi bahan news. Apa yg ko fikir hah? Come on lah.. porn star kot!
— Ahmad Idham Nadzri (@Ahmad_Idham) May 11, 2017
Maria, yang pernah terlibat dalam industri filem dewasa selama lima tahun sehingga 2010, memuatkan foto-foto kunjungan di sini.
Susulan itu, ramai peminatnya meluahkan rasa teruja di laman Instagram miliknya. Carian namanya juga meledak naik di Google.
Peminat lelaki Maria di Malaysia sempat berswafoto bersamanya di sini dan mengabadikan kenangan itu di media sosial masing-masing.
Selain filem lucah, pelakon itu juga terlibat dalam filem Invitation Only (Taiwan), Menculik Miyabi (Indonesia) dan juga Nilalang (Filipina).
Beliau, berdarah kacukan Jepun dan Kanada-Perancis, bersama kekasihnya Jose Sarasola merakam foto lawatan di sini mulai 6 April lalu.
Selain Ahmad Idham, seorang pensyarah menyifatkan minat luar biasa pada pelakon itu membayangkan “adat ketimuran dan nilai Islam makin terhakis.”
“Keterujaan segelintir masyarakat Islam terhadap kedatangan bekas pelakon lucah Jepun ini dilihat manifestasi adat ketimuran dan nilai Islam di negara ini semakin terhakis,” kata Dr Kamarulzaman Yusof kepada Harian Metro.
“Saya juga melihat bahawa keterujaan segelintir masyarakat Islam terhadap kedatangannya menunjukkan mereka mengikuti perkembangan artis itu, termasuk menonton filem tidak bermoral yang dihasilkan wanita itu.”
Sumber: Projek MMO
Sumber Ahmad Idham tak senang media angkat Maria Ozawa jadi bahan berita
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pFwD72
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Ahmad Idham tak senang media angkat Maria Ozawa jadi bahan berita
Anda sekarang membaca artikel Ahmad Idham tak senang media angkat Maria Ozawa jadi bahan berita dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/ahmad-idham-tak-senang-media-angkat.html
0 Response to "Ahmad Idham tak senang media angkat Maria Ozawa jadi bahan berita"
Catat Ulasan