Loading...

Aizat mahu ‘memberi’ untuk golongan muda

Loading...
Aizat mahu ‘memberi’ untuk golongan muda - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Aizat mahu ‘memberi’ untuk golongan muda, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Aizat mahu ‘memberi’ untuk golongan muda
link : Aizat mahu ‘memberi’ untuk golongan muda

Baca juga


Aizat mahu ‘memberi’ untuk golongan muda

Tidak mahu sekadar menjadi pemuzik, Aizat Amdan juga mahu mencurahkan sesuatu kepada komuniti terutama golongan muda.

Terbaru, bekas finalis Akademi Fantasia itu kini menggerakkan satu projek dikenali sebagai Kilang Komposer.

“Sebelum ini, saya ke beberapa universiti dan berkongsi mengenai penulisan lagu, lirik dan sebagainya dengan generasi muda yang ada minat dalam bidang ini,” katanya.

Menurut Aizat, dia ingin membantu golongan ini yang tidak tahu mengenai hak cipta mereka.

“Kita ada ramai komposer muda hari ini. Mereka hasilkan lagu dan apabila lagu mereka dimuat naik ke YouTube, ia hilang begitu saja.

“Mereka juga tidak mendapat sebarang keuntungan daripada karya mereka kerana tidak ramai yang tahu bagaimana untuk berurusan dengan MACP (Badan Pelindung Hakcipta Muzik) dan sebagainya,” katanya.

Aizat berkata, dia juga masih belajar mengenai selok-belok hak cipta dan sebagainya.

“Saya sudi berkongsi ilmu dengan mereka. Saya tidaklah merancang sehingga ke tahap yang terlalu besar seperti menubuhkan badan atau yayasan.

“Itu memerlukan saya untuk mengumpulkan semua pemuzik daripada pemuzik jalanan sehinggalah yang berada di dalam industri arus perdana,” katanya.

Fokusnya untuk Kilang Komposer akan turut dikongsi bersama beberapa rakan terdekatnya yang lain.

“Selepas ini, antara yang akan turut terbabit adalah Faizal Tahir yang tentunya ada banyak pengalaman. Jadi, saya akan cuba jadikan Kilang Komposer sebagai platform untuk komposer muda berkongsi idea.

“Kadang-kadang ketika berborak akan timbul pelbagai idea baru untuk membantu menambah baik apa yang kurang,” katanya.

Aizat juga kini menjadi sebahagian daripada sukarelawan untuk Skim Latihan 1Malaysia (SL1M), sekali gus bertanggungjawab untuk menarik minat golongan muda.

“Saya diminta untuk menjadi inspirasi buat golongan muda. Saya sendiri pun masih membina karier tetapi pada masa sama, boleh kongsikan apa pengalaman dan ilmu yang ada,” katanya.

Menurut Aizat, banyak pengalaman hidupnya yang boleh dikongsikan dengan semua.

“Antaranya adalah transformasi saya menurunkan berat badan dan bagaimana kelangsungan kerjaya saya sebagai penyanyi dan komposer.

“Selain itu, saya juga akan berkongsi mengenai pengalaman saya ke Jordan dua tahun lalu dan menyaksikan sendiri bagaimana kehidupan pelarian di sana,” katanya.

Menurut Aizat, dia turut menyelitkan elemen muzik dalam setiap program yang dihadirinya.

“Selain memberikan perkongsian, saya akan selitkan dengan persembahan. Terbaru, saya baru hasilkan lagu berjudul Bangkit Orang Muda yang mengajak golongan muda untuk lakukan sesuatu untuk masyarakat,” katanya yang turut terbabit dalam penghasilan lagu untuk projek yang dikelolakan Neelofa di samping lagu untuknya sendiri.

“Untuk projek Neelofa itu, ia akan dinyanyikan oleh penyanyi lain. Saya juga sedang hasilkan beberapa lagu untuk album saya sendiri,” katanya.

The post Aizat mahu ‘memberi’ untuk golongan muda appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qxPXaB

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Demikianlah Artikel Aizat mahu ‘memberi’ untuk golongan muda

Sekianlah artikel Aizat mahu ‘memberi’ untuk golongan muda kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Aizat mahu ‘memberi’ untuk golongan muda dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/aizat-mahu-memberi-untuk-golongan-muda.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Aizat mahu ‘memberi’ untuk golongan muda"

Catat Ulasan

Loading...