Loading...
Judul : Ajal Dalam Baldi Pejabat
link : Ajal Dalam Baldi Pejabat
Ajal Dalam Baldi Pejabat
Sepasang kekasih direman bagi membantu polis menjalankan siasatan berhubung kematian seorang kanak-kanak perempuan yang didakwa lemas di dalam baldi di dalam tandas sebuah pejabat di Meru di sini kelmarin.
Wanita berusia 41 tahun dan pasangannya yang 10 tahun lebih muda daripadanya direman selama empat dan enam hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 (Pindaan 2016).
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, Fatini Alesya Abdul Karim, 2, didakwa lemas selepas terjatuh ke dalam baldi ketika dibawa masuk ke dalam bilik air pejabat lelaki berkenaan pada pukul 8.30 pagi.
Katanya, mangsa dibawa masuk ke situ untuk membuang air besar. Mangsa merupakan anak wanita itu. “Ketika itu, ibu mangsa menunggu di dalam kereta sementara menunggu kekasihnya membawa anaknya ke bilik air pejabatnya.
“Tidak lama kemudian, lelaki itu keluar dalam keadaan cemas memberitahu wanita tersebut bahawa mangsa telah terjatuh ke dalam baldi dan tidak sedarkan diri,” katanya ketika dihubungi media di sini semalam.
✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qiaP6D
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Ajal Dalam Baldi Pejabat
Sekianlah artikel Ajal Dalam Baldi Pejabat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Ajal Dalam Baldi Pejabat dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/ajal-dalam-baldi-pejabat.html
0 Response to "Ajal Dalam Baldi Pejabat"
Catat Ulasan