Loading...

Akaun Bank Dibeku, Kompleks Beli-Belah Diserbu

Loading...
Akaun Bank Dibeku, Kompleks Beli-Belah Diserbu - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Akaun Bank Dibeku, Kompleks Beli-Belah Diserbu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Akaun Bank Dibeku, Kompleks Beli-Belah Diserbu
link : Akaun Bank Dibeku, Kompleks Beli-Belah Diserbu

Baca juga


Akaun Bank Dibeku, Kompleks Beli-Belah Diserbu

GEORGE TOWN – Beberapa akaun bank berjumlah RM58 juta dibeku susulan serbuan ke atas premis dan kompleks membeli-belah yang dikendalikan MBI Group International.

Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengunaan (KPDNKK), akaun-akaun tersebut dibekukan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLA) 2001.

Pada Isnin, sekumpulan pegawai penguatkuasa dari pelbagai agensi menyerbu pusat logistik M Square di Kuala Lumpur dan M Mall, kompleks membeli-belah di Pulau Pinang di mana para pembeli menggunakan mata ganjaran kesetiaan untuk menukarkannya dengan barangan.

Serbuan itu diketuai kementerian, termasuk polis dan anggota dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), CyberSecurity Malaysia dan Bank Negara.

Satu sidang media berhubung perkara tersebut dijadualkan diadakan pada pukul 3 petang Rabu di Bahagian Penguatkuasa di KPDNKK di Putrajaya.

MBI International baru-baru ini diberi amaran peringkat akhir oleh Bank Negara Malaysia kerana skim kewangannya yang dipersoalkan.

Ahli skim itu membuat pelaburan wang dan akan mendapat sejumlah syiling maya sebagai pulangan.

Selepas tempoh tertentu lebih setahun, mereka boleh membuat pertukaran syiling tersebut kepada mata untuk dibelanjakan di beberapa perkhidmatan dan runcit di bawah bumbung MBI seperti M Mall.

Skim ini memberi pulangan besar setahun dan ia dipercayai merupakan skim kewangan yang diasaskan di Pulau Pinang yang paling lama beroperasi. – mStar Online

Loading...




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sdVAsz

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Demikianlah Artikel Akaun Bank Dibeku, Kompleks Beli-Belah Diserbu

Sekianlah artikel Akaun Bank Dibeku, Kompleks Beli-Belah Diserbu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Akaun Bank Dibeku, Kompleks Beli-Belah Diserbu dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/akaun-bank-dibeku-kompleks-beli-belah.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Akaun Bank Dibeku, Kompleks Beli-Belah Diserbu"

Catat Ulasan

Loading...