Judul : Akhbar The Star Diberi Surat Tunjuk Sebab
link : Akhbar The Star Diberi Surat Tunjuk Sebab
Akhbar The Star Diberi Surat Tunjuk Sebab
KUALA LUMPUR – Akhbar berbahasa Inggeris The Star diberi tempoh tujuh hari untuk menjawab surat tunjuk sebab yang dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri kepada akhbar tersebut hari ini.
Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Alwi Ibrahim berkata, akhbar itu diberi surat tunjuk sebab kerana laman muka hadapannya pada 27 Mei lalu seolah-olah mempersendakan agama Islam.
“KDN telah memanggil Ketua Editor The Star dan menyerahkan surat tunjuk sebab berhubung penyiaran berita muka hadapan bertajuk “Malaysia Terrorist Leader” disertai gambar umat Islam sedang solat terawih.
“Kementerian amat dukacita akan tajuk berita itu pada halaman yang turut dimuatkan gambar yang tidak mempunyai kaitan sama sekali dan sangat tidak sesuai untuk disiarkan pada halaman yang sama.
“Ia mengelirukan, menimbulkan salah faham dan prejudis terhadap umat Islam yang mungkin akan dikaitkan dengan keganasan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Alwi berkata, The Star diberi tempoh tujuh hari menjawab mengapa tindakan tidak boleh diambil keatas akhbar itu dibawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 termasuk digantung permit penerbitan.
“Pihak akhbar bertanggungjawab memastikan perpaduan dan kesejahteraan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa, agama dan budaya sentiasa terpelihara,” katanya. -MYNEWSHUB.CC
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qrgdoa
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Akhbar The Star Diberi Surat Tunjuk Sebab
Anda sekarang membaca artikel Akhbar The Star Diberi Surat Tunjuk Sebab dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/akhbar-star-diberi-surat-tunjuk-sebab.html
0 Response to "Akhbar The Star Diberi Surat Tunjuk Sebab"
Catat Ulasan