Loading...

AMK USUL NAMA ANWAR CALON PM PRU14

Loading...
AMK USUL NAMA ANWAR CALON PM PRU14 - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul AMK USUL NAMA ANWAR CALON PM PRU14, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : AMK USUL NAMA ANWAR CALON PM PRU14
link : AMK USUL NAMA ANWAR CALON PM PRU14

Baca juga


AMK USUL NAMA ANWAR CALON PM PRU14

SHAH ALAM – Angkatan Muda Keadilan (AMK) berhasrat untuk mengusulkan kepada parti dan Pakatan Harapan bagi menamakan bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri dalam PRU14 akan datang.

Ketuanya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, kejayaan Anwar membina gerakan massa yang luas serta merentasi idologi serta berkomunikasi dengan rakyat dilihat tiada tandingan oleh mana-mana pihak lain.

“Rekod beliau sebagai Menteri Kewangan terakhir yang membawa belanjawan lebihan juga telah terbukti sebelum ini.

“Beliau juga membawa kebangkitan Islam yang sederhana serta menyatukan budaya-budaya serantau dalam gagasan gelombang kebangkitan Asia menjadikannya tokoh antarabangsa dihormati,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar Kongres Nasional AMK Tahunan Ke 12 yang berlangsung di IDCC, hari ini.
Selepas dibebaskan pada tahun 2004 lalu, Nik Nazmi berkata, Anwar telah mengatur pelbagai pertemuan bagi membina kesepakatan di dalam Pakatan Harapan.

Selain itu, Nik Nazmi memaklumkan bahawa Anwar juga telah menawarkan Agenda Ekonomi Malaysia (AEM) sebagai wacana tanding kepada kemelut ekonomi politik negara.

“Inilah antara kekuatan Anwar yang membolehkan beliau diberi kepercayaaan untuk memimpin arus perjuangan rakyat.

“Jika kita imbau semula sejarah hidup beliau sejak 1970-an sehingga kini, namanya tidak sunyi dalam memainkan peranan di setiap peringkat,” katanya.

Tambah Nik Nazmi, generasi muda PKR seharusnya bersedia untuk mengikut langkah sama diambil Anwar bagi memantapkan Pakatan Harapan dalam mendepani PRU14 akan datang.

– SH

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r2rkne

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Demikianlah Artikel AMK USUL NAMA ANWAR CALON PM PRU14

Sekianlah artikel AMK USUL NAMA ANWAR CALON PM PRU14 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel AMK USUL NAMA ANWAR CALON PM PRU14 dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/amk-usul-nama-anwar-calon-pm-pru14.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "AMK USUL NAMA ANWAR CALON PM PRU14"

Catat Ulasan

Loading...