Loading...

Anak Cikgu Hilang Lepas Ambil Adik Balik Sekolah

Loading...
Anak Cikgu Hilang Lepas Ambil Adik Balik Sekolah - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Anak Cikgu Hilang Lepas Ambil Adik Balik Sekolah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Anak Cikgu Hilang Lepas Ambil Adik Balik Sekolah
link : Anak Cikgu Hilang Lepas Ambil Adik Balik Sekolah

Baca juga


Anak Cikgu Hilang Lepas Ambil Adik Balik Sekolah


SEORANG remaja perempuan dilaporkan hilang sejak tengah hari Selasa lalu selepas keluar mengambil sepupu dan adiknya di Sekolah Kebangsaan Seksyen 17, Shah Alam, Selangor.

Kehilangan remaja berusia 19 tahun itu menjadi tular di media sosial selepas ibu saudaranya berkongsi gambar anak sulung daripada lima beradik itu di Facebook.

Harian Metro melaporkan, Aina Sakinah Mohd Noor Azmi tidak pulang ke rumah malah kelibatnya juga tidak kelihatan di sekitar sekolah berkenaan sehingga lewat petang hari kejadian.

Ibunya, Misriah Mohamad Sani, 44, berkata, sebelum kejadian dia tiada di rumah dan meminta Aina menjemput adiknya, Maryam Adawiyah, 7 dan seorang lagi sepupu lelaki berusia tujuh tahun di sekolah yang terletak kira-kira satu kilometer dari rumah.

“Sebelum keluar rumah, dia minta izin neneknya terlebih dulu untuk ke kedai dan dia berjalan mengambil adik perempuannya di sekolah itu pada 12.30 tengah hari.

“Namun, adiknya pulang sendirian ditemani sepupu lelaki dan menyatakan kakaknya tidak mengambilnya di sekolah,” katanya.

Misriah yang juga seorang guru berkata, anaknya itu tidak membawa telefon bimbit walaupun tidak pernah meninggalkannya jika keluar rumah sebelum ini.

Menurutnya, dia memang terkejut selepas dimaklumkan ahli keluarga mengenai Aina tidak pulang selepas keluar rumah tengah hari Selasa lalu.

Jelasnya, Aina seorang anak yang baik dan tidak gemar bersosial serta akan meminta izin sebelum keluar dari rumah.

Katanya, dia dan suami, Noor Azmi Ismungin, 45, sudah membuat laporan di Balai Polis Seksyen 15, Shah Alam berhubung kehilangan Aina.

Misriah berkata, sebelum hilang, Aina memakai baju muslimah berwarna oren dan bertudung merah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat mengesahkan menerima laporan berhubung kehilangan remaja itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan. – MYNEWSHUB.CC


Demikianlah Artikel Anak Cikgu Hilang Lepas Ambil Adik Balik Sekolah

Sekianlah artikel Anak Cikgu Hilang Lepas Ambil Adik Balik Sekolah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Anak Cikgu Hilang Lepas Ambil Adik Balik Sekolah dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/anak-cikgu-hilang-lepas-ambil-adik.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Anak Cikgu Hilang Lepas Ambil Adik Balik Sekolah"

Catat Ulasan

Loading...