Loading...

Anak kapal KD Perdana kongsi kisah sayu ketika hilang

Loading...
Anak kapal KD Perdana kongsi kisah sayu ketika hilang - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Anak kapal KD Perdana kongsi kisah sayu ketika hilang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Anak kapal KD Perdana kongsi kisah sayu ketika hilang
link : Anak kapal KD Perdana kongsi kisah sayu ketika hilang

Baca juga


Anak kapal KD Perdana kongsi kisah sayu ketika hilang

Anak kapal KD Perdana kongsi kisah sayu ketika hilang|Anak kapal KD Perdana, Laskar Kelas 1 Zulhusni Sherhutdin, 25, memaklumkan hanya berkongsi satu botol air mineral dengan lapan rakan sepanjang 51 jam hanyut selepas terputus hubungan ketika melakukan pemeriksaan bot nelayan asing di perairan Sedili, Kota Tinggi, Johor, Sabtu lalu.

Katanya, mereka hanya minum air menggunakan penutup botol demi meneruskan kelangsungan hidup ketika dihanyutkan arus sejauh 108 batu nautika selepas terputus hubungan.

“Demi menjimatkan air kami terpaksa minum guna penutup botol. Kami turut menggunakan pendayung untuk ke daratan tetapi tidak dapat berbuat apa-apa kerana arus terlalu kuat,” katanya ketika ditemubual di Markas Wilayah Laut 1, Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tanjung Gelang, Kuantan, hari ini.

Zulhusni berkata, bot mereka turut kehabisan minyak beberapa jam selepas terputus hubungan radio dengan kapal KD Perdana sebelum dihanyutkan.

Sementara itu, Leftenan Mohd Hidir Yusof berkata, semangat setia kawan dan saling bekerjasama menjadi azimat kepada mereka sepanjang hanyut di lautan.

“Semangat ini (setia kawan) dan terbayang wajah orang tersayang membuatkan kami terus bertahan dan kuat sementara menunggu bantuan tiba,” katanya.

Pada 1.30 tengah hari, Sabtu lalu KD Perdana gagal menghubungi bot berkenaan melalui walkie talkie selepas dikatakan melakukan pemeriksaan ke atas bot nelayan yang mencerobohi perairan negara.

Operasi pencarian dimulakan secara rasmi pada 7.30 malam semalam di perairan Sedili sebelum semua mereka ditemui selamat jam 7.07 malam tadi di 87 batu nautika Timur Tanjung Gelang, Kuantan.mymetro

The post Anak kapal KD Perdana kongsi kisah sayu ketika hilang appeared first on Eberita.org.



✍ Sumber Pautan : ☕ Eberita.org

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qJGiNx

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Demikianlah Artikel Anak kapal KD Perdana kongsi kisah sayu ketika hilang

Sekianlah artikel Anak kapal KD Perdana kongsi kisah sayu ketika hilang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Anak kapal KD Perdana kongsi kisah sayu ketika hilang dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/anak-kapal-kd-perdana-kongsi-kisah-sayu.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Anak kapal KD Perdana kongsi kisah sayu ketika hilang"

Catat Ulasan

Loading...