Judul : Anak Shaheizy Sam Kuat Termenung
link : Anak Shaheizy Sam Kuat Termenung
Anak Shaheizy Sam Kuat Termenung
“Alhamdulillah kehidupan saya kini telah berubah kerana sebelum ini cuma berdua bersama isteri namun sekarang ini kami telah bertiga.
“Tidak dinafikan banyak perkara baru yang saya telah pelajari dan perkara itu membuatkan saya menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab.
“Saya juga jadi seperti angau selepas mendapat anak ini kerana bila habis waktu kerja saya akan terus pulang awal untuk melihat anak di rumah.
“Perkara ini juga memotivasikan saya untuk bekerja lebih keras kerana saya ingin memberi kehidupan yang sempurna kepada keluarga pada masa depan,” kata Shaheizy Sam yang mengakui bahawa hidupnya telah berubah selepas bergelar seorang ayah.
Jelas Sam lagi, dia kini banyak ingin menghabiskan masa untuk bersama keluarga terutama anaknya selepas habis waktu bekerja.
Tambah Sam, bayi lelakinya itu tidak mempunyai banyak ragam dan berada dalam keadaan yang sihat.
“Alhamdulillah bayi saya tidak banyak ragam dan dia akan berjaga pada waktu pagi untuk menyusu namun dia tidak akan menangis dan akan termenung sahaja,” ujarnya.
Sementara itu, Sam memberitahu nama anak sulungnya itu terpaksa dirahsiakan terlebih dahulu kerana memenuhi permintaan orang tuanya. Namun apabila masanya sudah tiba, Sam akan mendedahkan nama serta wajah penuh bayi comel mereka.
Untuk rekod, Sam dan isterinya, Syatilla Melvin yang berkahwin pada 8 Februari 2016 itu menimang cahaya mata sulung mereka pada 9 Mei lalu.
The post Anak Shaheizy Sam Kuat Termenung appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2roLvfl
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Anak Shaheizy Sam Kuat Termenung
Anda sekarang membaca artikel Anak Shaheizy Sam Kuat Termenung dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/anak-shaheizy-sam-kuat-termenung_26.html
0 Response to "Anak Shaheizy Sam Kuat Termenung"
Catat Ulasan