Judul : Android Go – Versi Android Khusus Untuk Telefon Berspesifikasi Rendah
link : Android Go – Versi Android Khusus Untuk Telefon Berspesifikasi Rendah
Android Go – Versi Android Khusus Untuk Telefon Berspesifikasi Rendah
Google sedia mempunyai lebih 2 bilion pengguna aktif peranti Android di seluruh dunia. Kini, dalam usaha membawa ia kepada lebih ramai pengguna, Google perlu menyasarkan negara-negara yang sedang membangun, dimana kebanyakkannya bergantung kepada peranti dengan spesifikasi asas atau rendah.
Khusus untuknya, kini Google turut mengumumkan sistem operasi Android yang dioptimasikan khusus, atau boleh dikatakan versi “Lite”, dinamakan Android Go.
Melalui Android Go, Google mengatakan ia mampu beroperasi secara lancar pada peranti dengan memori sekitar 512MB RAM. Peranti dengan spesifikasi rendah ini masih dikeluarkan oleh pengguna, termasuk Samsung melalui siri peranti Galaxy J.
Selain dioptimasikan untuk peranti berspesifikasi rendah, Google turut mengoptimasikan penggunaan data padanya supaya menggunakan data yang lebih rendah – termasuk melalui Chrome yang mengaktifkan fungsi Data Saver.
Disamping itu, Google Play Store untuk Android Go juga akan mengetengahkan aplikasi untuk pasaran negara membangun, seperti Facebook Lite, Skype Lite, YouTube Go, dan sebagainya – yang memfokuskan penggunaan memori rendah dan data yang kurang. Google sendiri mengeluarkan sebuah panduan khusus untuk pembangun aplikasi dalam membangunkan aplikasi bersaiz kurang 10MB, dan mengurangkan data yang sedikit.
Google mengatakan semua versi Android bermula Android O akan hadir dengan variasi Android Go ini, selain peranti dengannya dijangka hadir pada 2018 kelak.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qSM4O8
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Android Go – Versi Android Khusus Untuk Telefon Berspesifikasi Rendah
Anda sekarang membaca artikel Android Go – Versi Android Khusus Untuk Telefon Berspesifikasi Rendah dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/android-go-versi-android-khusus-untuk.html
0 Response to "Android Go – Versi Android Khusus Untuk Telefon Berspesifikasi Rendah"
Catat Ulasan