KOTA KINABALU – Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din berkata semua pasukan dan anggota keselamatan berada dalam keadaan berjaga-jaga bagi menghadapi kemungkinan penyusupan masuk kumpulan militan atau penduduk dari selatan Filipina ke Sabah.
Beliau berkata kesiapsiagaan pasukan keselamatan di kawasan pantai timur Sabah sudah pun dipertingkatkan bagi menghadapi kemungkinan berkenaan, berikutan pengisytiharan undang-undang tentera di Mindanou oleh kerajaan Filipina.
“Setakat ini keadaan terkawal,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi melalui Aplikasi WhatsApp di sini hari ini, sebagai mengulas perkembangan terbaru yang berlaku di selatan Filipina.
Semalam, Presiden Filipina Rodrigo Duterte mengisytiharkan undang-undang tentera di Mindanou selepas tercetus pertempuran antara tentera kerajaan Filipina dan kumpulan militan di bandar raya Marawi.
Ekoran perkembangan itu juga, presiden Filipina yang sedang melawat Rusia telah memendekkan tempoh lawatannya di negara berkenaan. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qiBBHM
Demikianlah Artikel Anggota Keselamatan Dalam Keadaan Berjaga-Jaga
Sekianlah artikel Anggota Keselamatan Dalam Keadaan Berjaga-Jaga kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Anggota Keselamatan Dalam Keadaan Berjaga-Jaga dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/anggota-keselamatan-dalam-keadaan_24.html
0 Response to "Anggota Keselamatan Dalam Keadaan Berjaga-Jaga"
Catat Ulasan