Judul : Annuar tak puas hati pemotongan mata Kelantan dalam Liga Malaysia
link : Annuar tak puas hati pemotongan mata Kelantan dalam Liga Malaysia
Annuar tak puas hati pemotongan mata Kelantan dalam Liga Malaysia
Annuar berkata tindakan FMLLP tersebut disifatkannya sebagai 'caca marba' dan boleh menyebabkan sukan nombor satu negara itu berdepan 'zaman kegelapan'.
"Sewaktu saya mengambil alih KAFA 10 tahun dulu, KAFA menanggung hutang berjuta-juta ringgit dan terdapat beberapa kes dengan FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa) hatta kes di mahkamah berpunca tuntutan hutang sejak 1980-an.
"Tapi FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) zaman itu memberi peluang kepada pasukan mengurus hutang mengikut keupayaan masing-masing," katanya menerusi entri terbaharu di laman sosial Facebooknya Selasa malam.Bekas Presiden KAFA itu berkata hutang perlu diuruskan bila mampu dan memerlukan masa untuk menyusun kembali kewangan pasukan memandangkan masalah itu tidak boleh diselesaikan dalam tempoh yang singkat.
Annuar berkata pada tahun lepas, KAFA berdepan masalah kewangan apabila beberapa penaja tidak membuat bayaran berdasarkan kontrak yang telah dipersetujui sehingga Kelantan mengalami defisit jutaan ringgit, sekali gus menjejaskan pembayaran gaji pemain.
FMLLP pada Selasa mengumumkan dua pasukan Liga Super - Kelantan dan T-Team antara empat pasukan yang dikenakan hukuman pemotongan enam mata berkuat kuasa serta merta ekoran kegagalan melengkapkan pengesahan penyertaan pertandingan liga berkenaan yang berakhir pada Disember 2016.
Sementara dua pasukan Liga Perdana, Perlis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut menerima nasib yang sama setelah gagal menyelesaikan masalah berkenaan dalam tempoh ditetapkan.
-- BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakap Keli News
Kredit kepada pemilik laman asal dan untuk meneruskan bacaan di laman asal sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pDoDVD
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Annuar tak puas hati pemotongan mata Kelantan dalam Liga Malaysia
Anda sekarang membaca artikel Annuar tak puas hati pemotongan mata Kelantan dalam Liga Malaysia dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/annuar-tak-puas-hati-pemotongan-mata.html
0 Response to "Annuar tak puas hati pemotongan mata Kelantan dalam Liga Malaysia"
Catat Ulasan