Loading...

Azzan ikut cita rasa sendiri

Loading...
Azzan ikut cita rasa sendiri - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Azzan ikut cita rasa sendiri, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Azzan ikut cita rasa sendiri
link : Azzan ikut cita rasa sendiri

Baca juga


Azzan ikut cita rasa sendiri

Pembabitannya dengan kumpulan Scan pada era 1990-an menyaksikan Azzan tampil dengan dua album studio berjudul Jelas Terlihat dan Bila Angan Ku Terbukti serta tiga album kompilasi.

Kegawatan ekonomi yang kritikal menyaksikan Scan yang ketika itu turut dianggotai Acid (gitar), Ajoi (bass) dan Afis (dram), terpaksa membawa haluan sendiri. Bagaimanapun, lagu Scan antaranya Kau Dipaksa Aku Terpaksa, Yang Kalut Difikiran dan Disana Mawar Disini Penawar masih menjadi pilihan peminat dan sering dimainkan di radio.

Kini, selepas 18 tahun menyepi, Azzan tampil dengan single terbaru, Cinta Yang Aku Pendam hasil ciptaan sendiri sepenuhnya.

“Selepas Scan dibubarkan, saya beralih kepada kerjaya di belakang tabir produksi sebagai pengarah seni. Tetapi saya tak boleh lari daripada pertanyaan pelbagai pihak dan peminat bila nak menyanyi semula.

“Mereka mendorong saya menghasilkan single berkonsep moden rock itu yang diterbitkan di bawah label LA Art Creative & Deco, sementara Nakhoda Alam Enterprise (NAE) pula menguruskan promosi dan Sony Music Sdn Bhd sebagai pengedar.

“Proses rakaman dibuat di Apple Studio tempat saya mendapatkan khidmat MDNoor Hendrik sebagai juruadun dan penyusun muzik,” katanya.

Sebagai kelainan, Hazan cuba melakukan sesuatu yang menepati cita rasanya sendiri dan bukan pihak lain.

“Jika dulu, komposer sering tampil dengan lagu untuk memenuhi kehendak pasaran tetapi saya rasa selesa dengan apa yang ada sekarang. Kali ini saya cuba berkarya sendiri dan bukannya menumpang populariti komposer lain dan lagu itu juga menggunakan bajet saya sendiri,” kata Hazan.

Menurut Hazan, ketika mula-mula terbabit sebagai tenaga produksi penerbitan lagi sudah ada tawaran untuknya menghasilkan lagu tetapi dia menolak kerana tiada lagu baru.

“Entah kenapa apabila masuk umur 45 tahun, saya tiba-tiba nak buat sesuatu. Pada saya ia bukan terlambat kerana kalau kita lihat, Datuk Ramli Sarip, Amy Search dan ramai lagi masih aktif menyanyi dan buat album,” katanya.

Berbanding bekas penyanyi kumpulan popular lain yang tetap mengekalkan nama kumpulan pada hujung nama mereka, dia lebih selesa menggunakan nama sebenarnya, Hazan Rashid.

“Apabila buat single baru, saya nak orang kenal siapa saya sebenarnya. Kalau boleh saya tak nak menumpang nama Scan kerana nama itu sudah ‘establish’. Namun saya akur untuk permulaan ini kenalah terima kalau peminat masih panggil saya dengan nama Azan Scan. Lagipun, banyak pihak suruh saya guna nama itu,” katanya.

Hazan mengakui masih sayangkan Scan dan mereka masih berhubung sehingga hari ini.

“Impian bergabung memang ada tetapi dengan komitmen masing-masing terhadap keluarga dan kerjaya, memang agak susah tetapi mana tahu kalau ada rezeki kami boleh bergabung semula dalam projek khas. Walaupun semua sudah ada kerjaya lain, masing-masing masih aktif bermain muzik,” katanya.

Sebagai rangka promosi, Hazan akan berada di PPR Desa Rejang, Kuala Lumpur pada 13 Mei ini sebagai juri pertandingan karaoke lagu Azan Scan.

Manakala pada 20 Mei pula, Hazan akan berada di Setapak Sentral, Kuala Lumpur untuk mengadakan persembahan unplugged dari jam 12 hingga 2.30 petang.

Peminat yang ingin mendengar lagu terbaru Hazan boleh menonton menerusi YouTube serta memuat turun di iTunes, Spotify, KKbox dan amazonmusic.

The post Azzan ikut cita rasa sendiri appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan untuk meneruskan bacaan di laman asal sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2oZZxzk

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Demikianlah Artikel Azzan ikut cita rasa sendiri

Sekianlah artikel Azzan ikut cita rasa sendiri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Azzan ikut cita rasa sendiri dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/azzan-ikut-cita-rasa-sendiri.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Azzan ikut cita rasa sendiri"

Catat Ulasan

Loading...