Loading...

Banduan berbogel di penjara Filipina cetus kemarahan kumpulan hak asasi manusia

Loading...
Banduan berbogel di penjara Filipina cetus kemarahan kumpulan hak asasi manusia - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Banduan berbogel di penjara Filipina cetus kemarahan kumpulan hak asasi manusia, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Banduan berbogel di penjara Filipina cetus kemarahan kumpulan hak asasi manusia
link : Banduan berbogel di penjara Filipina cetus kemarahan kumpulan hak asasi manusia

Baca juga


Banduan berbogel di penjara Filipina cetus kemarahan kumpulan hak asasi manusia

Image result for Banduan berbogel di penjara Filipina

sumber: astroawani

MANILA: Beberapa keping gambar menunjukkan beratus-ratus banduan di Filipina sedang duduk dalam keadaan berbogel sewaktu pemeriksaan barangan seludup, telah mencetus dakwaan pencabulan hak asasi manusia.

AFP melaporkan, gambar tersebut meningkatkan lagi kemarahan umum tentang penyalahgunaan kuasa dalam kempen peperangan membanteras najis dadah yang diketuai Presiden Rodrigo Duterte.

Banduan-banduan Penjara Daerah Cebu dikejutkan dari tidur pada awal pagi sebelum terbit matahari, dan diminta berkumpul di kawasan terbuka di tengah-tengah kompleks penjara.

Mereka seterusnya diminta menanggalkan semua pakaian untuk diperiksa anggota-anggota antidadah, polis dan tentera, kata pegawai penjara Rafael Espina.

Gambar-gambar yang diedarkan oleh Agensi Penguatkuasaan Dadah Filipina dan polis daerah itu menunjukkan banduan-banduan yang duduk di lantai dalam keadaan telanjang bulat, di kawasan yang diterangi lampu limpah, serta dikawal ketat oleh anggota keselamatan.

Agensi penguatkuasaan tersebut memberitahu, pihaknya berjaya menjumpai beberapa bungkus metamfetamin dan daun ganja, selain pisau dan telefon bimbit.

Sejurus gambar-gambar itu tersebar di media sosial, kumpulan hak asasi manusia menyuarakan kebimbangan.

“Insiden ini suatu kezaliman, tidak berperikemanusiaan dan merendahkan tahap layanan ke atas banduan,” ujar Amnesty International dalam satu kenyataan.

Amnesty turut memetik piawaian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan undang-undang Filipina berkaitan tanggungjawab pihak berkuasa untuk memastikan banduan tidak didera atau dilayan secara tidak baik.

Human Rights Watch juga berkata, standard antarabangsa melarang pemeriksaan yang tidak wajar hingga mencabul privasi banduan.

Jurucakap Agensi Penguatkuasaan Dadah Filipina Derrick Carreon berkata, kaedah pemeriksaan tersebut adalah atas arahan gabenor daerah dan pengawal keselamatan.

Pegawai Perhubungan Awam Daerah Jethro Bacolod pula memberitahu, pemeriksaan dalam keadaan bogel itu mengikut prosedur operasi standard (SOP) untuk mendapatkan barangan terlarang.

Tambahnya, warden-warden penjara sebelum ini telah dipecat kerana membiarkan barangan terlarang itu bebas dimiliki dalam kalangan banduan.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qN1z7k

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Demikianlah Artikel Banduan berbogel di penjara Filipina cetus kemarahan kumpulan hak asasi manusia

Sekianlah artikel Banduan berbogel di penjara Filipina cetus kemarahan kumpulan hak asasi manusia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Banduan berbogel di penjara Filipina cetus kemarahan kumpulan hak asasi manusia dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/banduan-berbogel-di-penjara-filipina.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Banduan berbogel di penjara Filipina cetus kemarahan kumpulan hak asasi manusia"

Catat Ulasan

Loading...