Judul : Bapa Bunuh Lelaki Yang Cuba Merogol Anaknya Dengan Parang Di Tawau
link : Bapa Bunuh Lelaki Yang Cuba Merogol Anaknya Dengan Parang Di Tawau
Bapa Bunuh Lelaki Yang Cuba Merogol Anaknya Dengan Parang Di Tawau
Bapa adalah hero kita sejak kecil dan mereka akan sentiasa ada untuk melindungi kita dari bahaya. Walaupun anak sudah meningkat usia dan mereka semakin tua, seorang bapa pasti akan tetap pastikan kita dalam keadaan selamat.
Seperti seorang lelaki berusia 54 tahun dari Tawau ini yang menyelamatkan anaknya dari dirogol lelaki tidak dikenali. Bukan itu yang menjadi perhatian, tetapi warga emas tersebut juga telah membunuh lelaki berkenaan!
Kejadian berlaku pada 26 Mei lalu kira-kira jam 8.20 pagi ketika anak gadisnya sedang menyiram bunga di sebuah estet terletak di Tawau. Seorang lelaki berusia 38 tahun secara senyap telah menghampiri dan menyerang gadis itu sebelum meletakkan karung di kepalanya.
Ketika sedang bergelut, gadis itu melawan dan berjaya membuka karung dikepalanya. Dia kemudian melarikan diri sambil menjerit meminta tolong.
Bapanya yang juga bekerja sebagai pengawal keselamatan di estet itu telah terdengar suara jeritan meminta tolong dan tangisan anaknya. Dengan kadar segera dia menyelamatkan anaknya dan diberitahu tentang apa yang berlaku.
Berang dengan apa yang didengarinya, pengawal keselamatan itu menyerang lelaki berkenaan dengan parang yang dibawanya dan menetak badan serta kaki lelaki tersebut beberapa kali.
Selepas pergelutan berlaku, lelaki itu rebah sementara seorang lagi pengawal keselamatan menangkap bapa gadis berkenaan dan menyerahkan kepada pihak polis selepas insiden tersebut.
Menurut Ketua Polis Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus, lelaki itu kemudian dibawa ke hospital namun tidak dapat diselamatkan. Lelaki itu dilaporkan meninggal dunia sebaik sahaja tiba untuk mendapatkan rawatan.
Bapa kepada gadis itu pula ditahan reman sehingga 2 Jun ini untuk membantu siasatan pihak polis.
Sebagai seorang bapa dia telah menjalankan tanggungjawabnya melindungi anak. Cuma dia gagal kawal emosi ketika terlalu marah. Harap kes ini dapat diselesaikan segera.
Baca: Ibu Bapa Maut Korbankan Diri Demi Menyelamatkan Dua Anak Dalam Kemalangan di Lebuhraya PLUS
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ri9c8r
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Bapa Bunuh Lelaki Yang Cuba Merogol Anaknya Dengan Parang Di Tawau
Anda sekarang membaca artikel Bapa Bunuh Lelaki Yang Cuba Merogol Anaknya Dengan Parang Di Tawau dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/bapa-bunuh-lelaki-yang-cuba-merogol.html
0 Response to "Bapa Bunuh Lelaki Yang Cuba Merogol Anaknya Dengan Parang Di Tawau"
Catat Ulasan