Loading...

Bapa mangsa dera tarik balik laporan polis, namun polis tetap akan siasat

Loading...
Bapa mangsa dera tarik balik laporan polis, namun polis tetap akan siasat - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bapa mangsa dera tarik balik laporan polis, namun polis tetap akan siasat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bapa mangsa dera tarik balik laporan polis, namun polis tetap akan siasat
link : Bapa mangsa dera tarik balik laporan polis, namun polis tetap akan siasat

Baca juga


Bapa mangsa dera tarik balik laporan polis, namun polis tetap akan siasat


KUALA LUMPUR - Susulan kes seorang kanak-kanak perempuan mengalami lebam di seluruh badan dan dahinya terkoyak dipercayai didera, polis telah menahan ibu kandung dan teman lelakinya, jam 3 pagi tadi, lapor Harian Metro. 

Difahamkan, kedua-dua suspek yang sebelum ini telah menghilangkan diri akhirnya tampil menyerah diri kepada polis di Ulu Yam Baru, Kuala Kubu Baru. 

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, pasangan itu telah ditahan untuk disiasat mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. Amar Singh juga kesal dengan tindakan individu yang tidak bertanggungjawab mendakwa kononnya polis tidak mahu mengambil tindakan terhadap laporan kes tersebut. 

"Polis ingin menegaskan, isu yang ditularkan itu tidak berasas serta berniat mahu mengaibkan imej dan kredibiliti polis. 

"Kami menasihati orang ramai agar tidak mempercayai khabar angin atau berita yang belum ada kesahihannya," katanya. 

Difahamkan, bapa mangsa telah menarik balik laporan polis yang dibuat selepas bekas isterinya memohon maaf di atas kejadian itu. Namun, polis tetap menjalankan siasatan. 

Terdahulu, mangsa berusia empat tahun ini dipercayai telah didera berdasarkan lebam dan kecederaan di dahinya, ketika tinggal bersama ibunya di Taman Maluri, Kuala Lumpur. 

Lapor Harian Metro, mangsa sebelum itu tinggal bersama neneknya selepas ibu bapanya bercerai setahun lalu. Namun diambil oleh ibu kandungnya minggu lalu. Bagaimanapun, ketika dihantar pulang, keadaan mangsa sangat menyayat hati sehingga terpaksa dibawa ke hospital Ampang untuk mendapatkan rawatan. 

Mangsa terpaksa ditahan di hospital selama enam hari untuk merawat kecederaannya itu dan menerima belasan jahitan di dahinya. - The Reporter


Sumber : Gengviral


Demikianlah Artikel Bapa mangsa dera tarik balik laporan polis, namun polis tetap akan siasat

Sekianlah artikel Bapa mangsa dera tarik balik laporan polis, namun polis tetap akan siasat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bapa mangsa dera tarik balik laporan polis, namun polis tetap akan siasat dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/bapa-mangsa-dera-tarik-balik-laporan_38.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Bapa mangsa dera tarik balik laporan polis, namun polis tetap akan siasat"

Catat Ulasan

Loading...