Judul : Bapa Tertembak Anak Empat Tahun
link : Bapa Tertembak Anak Empat Tahun
Bapa Tertembak Anak Empat Tahun
SEORANG bapa secara tidak sengaja tertembak anak lelakinya yang berusia empat tahun mengunakan senjata api buatan sendiri jenis bakakuk di rumah mereka, di Kampung Muhang, Kota Maradu, petang semalam.
Dalam kejadian 3.30 petang itu, bapa mangsa dilaporkan terlepas tembakan dan terkena pada anaknya yang sedang bermain di halaman rumah.
Akibat kejadian itu, mangsa cedera parah di dada kiri, bahu serta pipi kanan dan kini menerima rawatan di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah di Likas, Kota Kinabalu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Izaan Abdullah memberitahu, pihaknya telah pun menahan bapa mangsa untuk siasatan.
“Berikutan itu, ibu kanak-kanak terbabit segera membawa mangsa ke Hospital Kota Marudu sebelum dipindahkan ke Hospital Queen Elizabeth 2 (HQE 2) untuk rawatan lanjut.
“Pada jam 9.30 malam tadi, suspek berusia 40-an ditahan di rumahnya namun senjata yang digunakan tidak ditemui,” katanya seperti yang dipetik BH Online.
Kes ini disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8(a) Akta Senjata Api 1960. – MYNEWSHUB.CC
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qmqRZ9
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Bapa Tertembak Anak Empat Tahun
Anda sekarang membaca artikel Bapa Tertembak Anak Empat Tahun dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/bapa-tertembak-anak-empat-tahun.html
0 Response to "Bapa Tertembak Anak Empat Tahun"
Catat Ulasan