Loading...

BEKAS MUFTI T’GANU, ULAMA PERSOALKAN PINDAAN AKTA 355

Loading...
BEKAS MUFTI T’GANU, ULAMA PERSOALKAN PINDAAN AKTA 355 - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul BEKAS MUFTI T’GANU, ULAMA PERSOALKAN PINDAAN AKTA 355, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : BEKAS MUFTI T’GANU, ULAMA PERSOALKAN PINDAAN AKTA 355
link : BEKAS MUFTI T’GANU, ULAMA PERSOALKAN PINDAAN AKTA 355

Baca juga


BEKAS MUFTI T’GANU, ULAMA PERSOALKAN PINDAAN AKTA 355

Dua pakar syariah mempersoalkan rancangan pelaksanaan dan tujuan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminda rang undang-undang (RUU) Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) @ Akta 355.

Bekas mufti Terengganu, Datuk Ismail Yahya dan ulama Dr Rozaimi Ramle sebaliknya mencadangkan kaedah alternatif untuk mengukuhkan mahkamah syariah dan undang-undang Islam, sama ada dengan mempunyai sistem mahkamah bersepadu untuk undang-undang syariah dan sivil atau ‘mengislamkan’ mahkamah sivil.

Abdul Hadi mahu meminda Akta 355 untuk menaikkan hukuman atas kesalahan syariah kepada denda RM100,000, penjara selama 30 tahun dan 100 kali sebatan.

Bercakap pada forum PKR berkaitan mengenai cadangan pindaan Akta 355, Rozaimi mempersoalkan antara lain, kekurangan butiran mengenai keperluan untuk meningkatkan hukuman.

“Saya tidak nampak justifikasi yang jelas untuk laksanakan 30 tahun penjara, RM100,000 denda. Memperkasakan mahkamah syariah bukan sahaja dengan hukuman. Perlu untuk letakkan kewajaran.

“(Ia) bebanan atas golongan yang usulkan, golongan yang pro. Saya belum lihat kewajaran itu ada,” kata Rozaimi dalam forum anjuran Invoke di Kuala Lumpur, malam tadi.

Jelas beliau, meningkatkan tempoh hukuman penjara dan jumlah denda pastinya bukan hudud (undang-undang yang berdasarkan al-Quran dan hadith), tetapi sebaliknya ijtihad (undang-undang berdasarkan hujah perundangan).

“Yang hudud yang sebatan 100 kali, tetapi itupun disebut umum. Patutnya 100 sebatan (bagi) zina, 80 sebatan (bagi) qazaf (tuduhan berzina), 40 sebatan untuk minum (arak),” ujar beliau.

Hadi dan PAS bertegas pindaan berkenaan bukan undang-undang hudud, namun, Rozaimi mendakwa, ramai penyokong Akta 355 mengatakan ia sebagai hudud.

Bagi Ismail pula, soalan yang terlintas ialah sama ada pindaan kepada Akta 355 benar-benar akan memastikan keadilan dan kesaksamaan dan membuatkan agama Islam menjadi lebih menarik kepada orang lain.
Beliau memberi contoh yang bersejarah bagaimana Khalifah Ali pernah menuduh seorang Yahudi mencuri senjatanya, tetapi kalah kes itu di mahkamah syariah kerana kekurangan bukti.

“Si Yahudi begitu tersentuh begitu adilnya mahkamah Islam, dia bagi balik baju besi itu kepada (khalifah) Ali dan memeluk Islam,” jelas Ismail.

– M’kini

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2piZMcY

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Demikianlah Artikel BEKAS MUFTI T’GANU, ULAMA PERSOALKAN PINDAAN AKTA 355

Sekianlah artikel BEKAS MUFTI T’GANU, ULAMA PERSOALKAN PINDAAN AKTA 355 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel BEKAS MUFTI T’GANU, ULAMA PERSOALKAN PINDAAN AKTA 355 dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/bekas-mufti-tganu-ulama-persoalkan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "BEKAS MUFTI T’GANU, ULAMA PERSOALKAN PINDAAN AKTA 355"

Catat Ulasan

Loading...