Loading...

Beli Rumah Siap Pakej Dengan Lelaki Tua

Loading...
Beli Rumah Siap Pakej Dengan Lelaki Tua - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Beli Rumah Siap Pakej Dengan Lelaki Tua, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Beli Rumah Siap Pakej Dengan Lelaki Tua
link : Beli Rumah Siap Pakej Dengan Lelaki Tua

Baca juga


Beli Rumah Siap Pakej Dengan Lelaki Tua


IA merupakan mimpi ngeri bagi mereka yang ingin membeli sebuah rumah di South Carolina kerana pembeli terpaksa membeli sekali seorang lelaki yang menetap di tingkat atas rumah berkenaan.

Lelaki itu, Randall McKissick, 70, adalah seorang artis dan dia tidak pernah membayar sewa serta tidak boleh ditendang keluar dari rumah terbabit.

Ia adalah syarat yang dikenakan oleh tuan rumah kepada pembeli.

Rumah yang dibina pada 1950 dan mempunyai empat bilik itu disenaraikan pada harga RM562,000.

Rumah berkenaan adalah milik Mike Schumpert yang merupakan kawan Randall sejak kecil lagi dan dia telah membenarkan Randall menetap di rumah berkenaan sejak sedekad lalu selepas lelaki itu tidak mampu untuk menyewa rumah lain.


Sepanjang menetap bersama, Mike yang mempunyai isteri dan dua anak itu, tidak pernah meminta wang daripada kawannya.

Namun selepas Mike ditimpa kemalangan dan belakangnya patah, isterinya, Anne yang juga kurang upaya terpaksa dijaga oleh anak-anak mereka iaitu Michael dan Mannie.

Disebabkan bil perubatan sangat tinggi, mereka tiada pilihan kecuali menjual rumah terbabit.

“Kami tidak ada pilihan lain dan perlu menjual rumah ibu bapa kami ini tetapi Randall berada di dalam keluarga ini untuk tempoh yang lama jadi kami mahu dia kekal di rumah ini,” katanya.

Sementara Randall pula menegaskan dia akan menjadi jiran yang baik kerana dia tinggal di tingkat atas dan tidak mengganggu mereka yang duduk di bawah. – MYNEWSHUB.CC


Demikianlah Artikel Beli Rumah Siap Pakej Dengan Lelaki Tua

Sekianlah artikel Beli Rumah Siap Pakej Dengan Lelaki Tua kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Beli Rumah Siap Pakej Dengan Lelaki Tua dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/beli-rumah-siap-pakej-dengan-lelaki-tua.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Beli Rumah Siap Pakej Dengan Lelaki Tua"

Catat Ulasan

Loading...