Loading...
Judul : Berebut Harta Pusaka Punca Adik Bunuh Abang
link : Berebut Harta Pusaka Punca Adik Bunuh Abang
Berebut Harta Pusaka Punca Adik Bunuh Abang
LELAKI maut selepas kepalanya dihentak oleh adiknya sendiri menggunakan alat pemadam api di Kampung Sama Gagah, Bukit Mertajam, 7.50 pagi, hari ini.
Dalam kejadian itu, berlaku pertengkaran di antara mangsa, 59, dan suspek, 48, berkaitan isu tanah pusaka sebelum suspek mengambil alat pemadam api dan menghentak kepala mangsa.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, pihaknya yang tiba sejurus dimaklumkan mendapati mangsa terbaring tidak sedarkan diri di luar rumah.
Beliau berkata, pihak ambulans yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.
Katanya, suspek kemudian ditahan anggota polis di lokasi kejadian sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah bagi tindakan selanjutnya.
Nik Ros Azhan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – Harian Metro
Demikianlah Artikel Berebut Harta Pusaka Punca Adik Bunuh Abang
Sekianlah artikel Berebut Harta Pusaka Punca Adik Bunuh Abang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Berebut Harta Pusaka Punca Adik Bunuh Abang dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/berebut-harta-pusaka-punca-adik-bunuh.html
0 Response to "Berebut Harta Pusaka Punca Adik Bunuh Abang"
Catat Ulasan