Judul : Berlakon Bukan Tak Laku Main Bola - Zaquan Adha
link : Berlakon Bukan Tak Laku Main Bola - Zaquan Adha
Berlakon Bukan Tak Laku Main Bola - Zaquan Adha
69
HiburanBintang bola sepak popular Zaquan Adha menegaskan pembabitannya dalam dunia lakonan bukan kerana beralih arah dari bidang sukan.
Zaquan, 29, sekadar menerima tawaran demi memenuhi tuntutan sebagai duta sebuah iklan komersial.
"Ada yang tanya sudah tak laku lagi ker main bola?
"Jawab saya bola sepak masih menjadi keutamaan sebab saya tahu saya tidak berbakat untuk menjadi pelakon.
"Cuma kalau setakat berlakon iklan bolehlah sikit-sikit sebab babak tak banyak. Hendak berlakon serius itu tidaklah," katanya yang menolak beberapa tawaran berlakon sebelum ini.
Suami kepada pelakon Ayu Raudhah itu dipilih menjadi duta untuk kempen Terima Kasih TV3 & TV9 sempena program ramadan tahun ini.
Beberapa hari lalu, sepotong video tular di media sosial yang memaparkan lakonan Zaquan di samping Elfira Loy.
Bagaimanapun, teaser itu hanya promosi kempen Ramadan Raya stesen televisyen tersebut.
Pemain pasukan Perak itu menyangkal dakwaan menolak tawaran berlakon disebabkan enggan terbabit dengan kontroversi dan gosip liar.
"Tak berlakon pun ada gosip. Bagi saya kalau pandai bawa diri, segala gosip boleh dikendalikan dengan baik," jelasnya.
Teks oleh: Amri Hassan
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pZ2zU4
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Berlakon Bukan Tak Laku Main Bola - Zaquan Adha
Anda sekarang membaca artikel Berlakon Bukan Tak Laku Main Bola - Zaquan Adha dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/berlakon-bukan-tak-laku-main-bola.html
0 Response to "Berlakon Bukan Tak Laku Main Bola - Zaquan Adha"
Catat Ulasan