Loading...

Bersatulah meskipun berbeza fahaman politik - Salleh

Loading...
Bersatulah meskipun berbeza fahaman politik - Salleh - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bersatulah meskipun berbeza fahaman politik - Salleh, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bersatulah meskipun berbeza fahaman politik - Salleh
link : Bersatulah meskipun berbeza fahaman politik - Salleh

Baca juga


Bersatulah meskipun berbeza fahaman politik - Salleh

KOTA BELUD: Rakyat perlu terus bersatu dan mengekalkan perpaduan harmoni meskipun mempunyai perbezaan pandangan dan fahaman politik, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Beliau berkata tidak ada untungnya jika saling bergaduh sesama sendiri hanya kerana tidak sependapat dalam fahaman politik.

"Jangan kita berpisah (berpecah) hanya kerana perbezaan fahaman politik, sebaliknya, kita mesti terus memperkukuh hubungan silaturahim kerana perbalahan atau tiada persefahaman (dalam politik) tidak boleh menyelesaikan apa-apa masalah.

"Politik bukan 24 jam. Bukan setiap hari berpolitik. Apabila sampai pilihan raya nanti, maka, ketika itu kita akan menentukan apa pilihan kita," katanya berucap merasmikan Karnival Kuala Abai di Kampung Kuala Abai, dekat sini pada Sabtu.

Salleh berkata setiap pemimpin juga perlu menjadikan parti politik sebagai platform menyatupadukan rakyat keseluruhannya dan bukan untuk memperjuang kepentingan peribadi.

Menurutnya, politik adalah wadah untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat, dan pemimpin perlu menggunakan arena itu untuk memelihara kebajikan seterusnya menjamin kesejahteraan.

Katanya setiap pemimpin jangan terlalu beremosi kerana banyak perkara tidak dapat diselesaikan jika bertindak mengikut perasaan, dan menyertai parti baharu belum tentu memberi apa-apa jaminan.

"Politik bukan untuk diri kita (pemimpin) tetapi demi masa depan rakyat terutama generasi muda," katanya.

Mengenai karnival, Salleh berkata ia adalah saluran untuk merapatkan lagi hubungan silaturahim antara masyarakat di kampung itu selain memperkukuh kerjasama antara mereka.

Beliau berharap program seumpama itu dapat diteruskan dan dijadikan sebagai program tahunan dengan mempelbagaikan aktiviti yang berupaya menarik kedatangan pelancong ke kampung tersebut seterusnya membuka peluang kepada penduduk meningkatkan pendapatan.

Salleh turut meluluskan peruntukan sebanyak RM160,000 bagi menaik taraf surau di kampung itu.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pXjbR1

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Demikianlah Artikel Bersatulah meskipun berbeza fahaman politik - Salleh

Sekianlah artikel Bersatulah meskipun berbeza fahaman politik - Salleh kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bersatulah meskipun berbeza fahaman politik - Salleh dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/bersatulah-meskipun-berbeza-fahaman.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Bersatulah meskipun berbeza fahaman politik - Salleh"

Catat Ulasan

Loading...