Loading...

Bicskei guna barisan serupa

Loading...
Bicskei guna barisan serupa - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bicskei guna barisan serupa, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bicskei guna barisan serupa
link : Bicskei guna barisan serupa

Baca juga


Bicskei guna barisan serupa

ARKIB : 01/01/2005

BERDASARKAN kemenangan pertama 2-1 ke atas Indonesia di Jakarta Rabu lalu, Malaysia ibarat sudah melangkah sebelah kaki ke perlawanan akhir bola sepak Piala Tiger.
Peluang beraksi di Stadium Nasional Isnin ini dengan berbekalkan kemenangan itu tentunya tidak mahu dipersia-siakan oleh barisan pemain negara.
Sekalipun ramai beranggapan kemenangan di Stadium Utama Senayan itu sebagai menang nasib, ia langsung tidak menjejaskan reputasi dan semangat pemain.
Dengan menurunkan kesebelasan pemain yang sama sewaktu menjinakkan Indonesia, pasukan negara bukan sahaja mahu mempertahankan kelebihan satu jaringan bahkan berazam mengulangi kejayaan itu di hadapan penyokong sendiri.
``Para pemain kini begitu bersemangat dan saya percaya mereka tidak lagi tertekan berbanding ketika aksi di Senayan.
``Kelebihan satu jaringan akan dipertahankan di Stadium Nasional Bukit Jalil Isnin dan paling penting saya mahu Indonesia ditewaskan buat kali kedua kali ini,'' kata jurulatih Malaysia, Bertalan Bicskei selepas sesi latihan di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam.
Menurut Bicskei, walaupun menyedari Indonesia akan turun bermati-matian untuk memadamkan kelebihan Malaysia, beliau percaya para pemainnya tidak akan memberikan laluan kepada pasukan lawan.
Dengan khabar gembira tanpa sebarang pemain yang di belenggu kecederaan atau digantung, jurulatih dari Hungary itu tentunya menuntut aksi permainan mantap barisan pemain negara untuk menyekat Indonesia daripada menempah tempat ke babak akhir.
Bicskei berkata, beliau akan mempertaruhkan barisan pemain yang sama ketika mereka menang Rabu lalu.
``Apa yang penting, kami perlu memperkemaskan jentera di barisan pertahanan dengan mengingatkan para pemain agar mengelak daripada melakukan kesilapan kecil yang mungkin boleh membawa padah,'' ujarnya.

SUMBERArtikel Penuh: http://ift.tt/2pf3WNU
© Utusan Melayu (M) Bhd


Demikianlah Artikel Bicskei guna barisan serupa

Sekianlah artikel Bicskei guna barisan serupa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bicskei guna barisan serupa dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/bicskei-guna-barisan-serupa.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Bicskei guna barisan serupa"

Catat Ulasan

Loading...