Judul : Bimbang punca air tercemar
link : Bimbang punca air tercemar
Bimbang punca air tercemar
Pakatan Harapan Simpang Renggam menggesa agar tapak pelupusan sampah di Jalan Renggam, dekat sini, ditutup segera berikutan berlakunya masalah pencemaran air di sungai sehingga menjejaskan bekalan air kepada penduduk.
Pengerusi Pakatan Harapan Simpang Renggam, Mohd Said Jonit berkata, penduduk kesal terhadap kualiti air yang tercemar akibat sisa tapak pelupusan sampah mengalir ke anak sungai punca air sebelum ke Loji Rawatan Air Simpang Renggam.
Menurutnya, air yang selama ini disalurkan kepada penduduk Simpang Renggam diyakini mengandungi ammonia tinggi dan ia akan menyebabkan kos rawatan meningkat sekali gus caj itu dikhuatiri akan dikenakan kepada pengguna.
“Ammonia dikhuatiri boleh menyebabkan pelbagai punca penyakit seperti penyakit buah pinggang, masalah gatal kulit, alergi dan juga kanser.
“Selain pencemaran pada punca sungai, tapak pelupusan itu juga menyebabkan pencemaran udara apabila pembakaran sisa sampah dilakukan termasuklah bau yang sangat teruk,” katanya selepas membuat bantahan di hadapan tapak pelupusan sampah Simpang Renggam, semalam.
Mohd Said berkata, sebelum ini Ahli Parlimen Simpang Renggam, Datuk Liang Teck Meng yang juga selaku pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Nasional (SPAN) pada 14 Mac 2015 berkata akan memindahkan tapak pelupusan itu ke satu tempat yang lain tetapi ia dilihat gagal dan tidak bersungguh.
Justeru katanya, Pakatan Harapan mendesak agar perkara itu dipandang serius dan perlu disegerakan bagi menangani permasalahan yang membelenggu penduduk di kawasan terbabit.
“Selain bantahan, kami turut mengadakan kempen-kempen di pasar Jumaat Simpang Renggam bagi menyedarkan orang ramai betapa peri pentingnya tahap pencemaran yang berlaku di kawasan Simpang Renggam.
“Kami berharap masalah ini diselesaikan segera dan penduduk di Simpang Renggam tidak lagi dibelenggu dengan masalah bekalan air,” katanya.
The post Bimbang punca air tercemar appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pwaqrQ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Bimbang punca air tercemar
Anda sekarang membaca artikel Bimbang punca air tercemar dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/bimbang-punca-air-tercemar.html
0 Response to "Bimbang punca air tercemar"
Catat Ulasan