Loading...

'Bimbang tetap ada'

Loading...
'Bimbang tetap ada' - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 'Bimbang tetap ada', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 'Bimbang tetap ada'
link : 'Bimbang tetap ada'

Baca juga


'Bimbang tetap ada'


Aziman Rosdi
aziman@hmetro.com.my
 
KEPUTUSAN Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) mengekalkan Pyongyang sebagai venue aksi Kelayakan Piala Asia 2019 pada 8 Jun depan, meletakkan skuad Harimau Malaya berada dalam situasi sukar berdepan Korea Utara.

Bukan saja dari segi mental pemain akan diuji apabila bertandang ke Pyongyang buat kali pertama, malah jarak perjalanan jauh bakal menyulitkan keadaan kerana mereka akan bergegas pulang ke tanah air semula untuk menghadapi Lubnan pada 13 Jun dalam perlawanan kedua Kumpulan B kelayakan itu.

Berikutan situasi skuad kebangsaan masih tertanya-tanya siapa jurulatih baru yang akan mengambil alih tugas Datuk Ong Kim Swee, penangguhan perlawanan pertama kumpulan sepatutnya berlangsung 28 Mac lalu itu kini dilihat langsung tidak memberi kelebihan kepada Malaysia.

Situasi sukar itu diakui sendiri penyerang berpengalaman Safee Sali yang mengharapkan skuad kebangsaan akan lebih bersedia berdepan dua pasukan pilihan Kumpulan B itu.

“Arahan sudah diberikan AFC untuk kita bermain di Pyongyang dan mereka juga sudah memberikan jaminan keselamatan. Biarpun ada jaminan, kebimbangan itu tetap ada, kita harap AFC dapat menitikberatkan soal keselamatan pasukan nanti.

“Sebagai pemain, kami akan tetap bersedia, kami tidak akan lari daripada berjuang. Cuma ini situasi sukar buat kami kerana tempoh singkat dalam membuat persiapan serta terpaksa berdepan dua perlawanan dengan pasukan kuat,” katanya kepada Arena Metro semalam.

Perlawanan pertama Korea Utara dengan Harimau Malaysia sebelum ini ditangguhkan susulan hubungan tegang antara kedua-dua negara selepas kematian abang ipar pemimpin Korea Utara Kim Jong-un iaitu Kim Jong-nam yang dipercayai mati dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 13 Februari lalu.

Korea Utara enggan beraksi di venue berkecuali dan selepas menilai situasi hubungan semasa kedua-dua negara, AFC kelmarin mengubah pendirian untuk meneruskan perlawanan di Pyongyang.

Safee, 33, yang kini mewakili PKNS FC mengharapkan keputusan positif dicapai di gelanggang lawan itu buat membakar semangat sebelum berdepan Lubnan di Larkin.

“Walaupun beraksi di tempat lawan, kami tetap mengharapkan keputusan positif. Jika boleh membawa pulang satu mata sudah boleh dianggap pencapaian baik,” katanya.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Mei 2017 @ 3:36 AM


Demikianlah Artikel 'Bimbang tetap ada'

Sekianlah artikel 'Bimbang tetap ada' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 'Bimbang tetap ada' dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/bimbang-tetap-ada.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "'Bimbang tetap ada'"

Catat Ulasan

Loading...