Loading...

Bos Restoran, Tukang Masak Ditahan Pukul Pekerja

Loading...
Bos Restoran, Tukang Masak Ditahan Pukul Pekerja - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bos Restoran, Tukang Masak Ditahan Pukul Pekerja, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bos Restoran, Tukang Masak Ditahan Pukul Pekerja
link : Bos Restoran, Tukang Masak Ditahan Pukul Pekerja

Baca juga


Bos Restoran, Tukang Masak Ditahan Pukul Pekerja


KUALA LUMPUR – Seorang pemilik restoran dan tukang masak yang didakwa memukul seorang pekerja restoran wanita ketika sedang bekerja di Bandar Sungai Long, Kajang ditahan polis, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Othman Nanyan berkata pemilik restoran berusia 46 tahun itu ditahan di rumahnya pada 6.55 petang manakala tukang masak berusia 16 tahun ditahan di Balai Polis Kajang selepas menyerah diri pada 8.30 malam.

“Siasatan awal mendapati mangsa pernah dipukul majikannya sebelum kejadian ini namun tidak melaporkan kepada polis…dia membuat laporan polis setelah rakaman video insiden pada Sabtu lepas menjadi tular di laman sosial,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata kejadian yang berlaku pada 5.30 petang, Sabtu lepas itu dipercayai berpunca akibat mangsa tidak mengikut arahan majikan semasa bekerja.

Othman berkata wanita warga tempatan itu telah mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Kajang dan tiada kecederaan serius dilaporkan.

Beliau berkata kedua-dua lelaki itu ditahan reman selama empat hari bermula hari ini hingga Sabtu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan dan mengugut.

Rakaman video berdurasi enam minit dan 56 saat menunjukkan mangsa ditampar di bahagian muka dan kepala oleh dua lelaki, menjadi tular di media sosial terutama Facebook. – BERNAMA



Demikianlah Artikel Bos Restoran, Tukang Masak Ditahan Pukul Pekerja

Sekianlah artikel Bos Restoran, Tukang Masak Ditahan Pukul Pekerja kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bos Restoran, Tukang Masak Ditahan Pukul Pekerja dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/bos-restoran-tukang-masak-ditahan-pukul.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Bos Restoran, Tukang Masak Ditahan Pukul Pekerja"

Catat Ulasan

Loading...