Judul : Budak Lemas Dalam Kolam Renang, Orang Ramai Hanya Lihat Dan Merakam Video Kejadian
link : Budak Lemas Dalam Kolam Renang, Orang Ramai Hanya Lihat Dan Merakam Video Kejadian
Budak Lemas Dalam Kolam Renang, Orang Ramai Hanya Lihat Dan Merakam Video Kejadian
THAILAND - Dua rakaman video yang memaparkan satu kejadian kanak-kanak yang sedang bertarung dengan maut iaitu lemas di sebuah kolam renang jadi tular semenjak beberapa hari lalu.
Menerusi rakaman video berkenaan yang berdurasi 1 minit 27 saat dan 1 minit 9 saat itu memaparkan kanak-kanak berkenaan sedang bergelut untuk menyelamatkan diri daripada lemas, namun didapati orang ramai yang berada di kawasan kolam terbabit hanya memerhatikan sahaja tanpa berbuat apa-apa sama ada memberikan pertolongan.
Lebih menyedihkan, menurut laman Facebook Enjoy Life At All, orang ramai yang berada di situ hanya merakamkan kejadian berkenaan tanpa memberikan sebarang pertolongan. Adakah mereka menganggap kanak-kanak berkenaan bergurau? Atau sedang belajar untuk berenang?, jelas laman berkenaan.
Setelah beberapa minit, kelihatan seorang wanita yang menyedari kanak-kanak berkenaan memerlukan pertolongan, beliau dengan segera menghampiri mangsa serta cuba menyelamatkannya.
Selepas itu, menerusi rakaman video yang kedua, kelihatan kanak-kanak berkenaan akhirnya di bawa naik daripada kolam renang tersebut dan telah cuba diselamatkan oleh seorang pegawai perubatan yang berada di lokasi kejadian. Walau bagaimanapun, tiada kenyataan rasmi sama ada mangsa lemas terbabit terselamat atau meninggal dunia.
Ekoran rakaman video yang menyedihkan ini jadi tular di media sosial, ramai diantara netizen mengecam tindakan orang ramai yang bertindak merakam kejadian sahaja tanpa memberikan pertolongan.
Beberapa netizen juga mempersoalkan individu yang pertama merakamkan video berkenaan telah menyedari mangsa sedang lemas dan merakamkan kejadian tetapi tidak berbuat apa-apa sebaliknya hanya terus merakamkan kejadian. - Koleksi Viral
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2puIkOJ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Budak Lemas Dalam Kolam Renang, Orang Ramai Hanya Lihat Dan Merakam Video Kejadian
Anda sekarang membaca artikel Budak Lemas Dalam Kolam Renang, Orang Ramai Hanya Lihat Dan Merakam Video Kejadian dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/budak-lemas-dalam-kolam-renang-orang.html
0 Response to "Budak Lemas Dalam Kolam Renang, Orang Ramai Hanya Lihat Dan Merakam Video Kejadian"
Catat Ulasan