Loading...

Cheek-e! maskot rasmi Astro Ceria

Loading...
Cheek-e! maskot rasmi Astro Ceria - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Cheek-e! maskot rasmi Astro Ceria, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Cheek-e! maskot rasmi Astro Ceria
link : Cheek-e! maskot rasmi Astro Ceria

Baca juga


Cheek-e! maskot rasmi Astro Ceria

Saluran Astro Ceria buat pertama kali memperkenalkan Cheek-e! sebagai maskot rasmi saluran itu selepas hampir sedekad menceriakan kanak-kanak dengan pelbagai rancangan menarik.

Pengurus Saluran Astro Ceria Marissa Hanafi berkata, maskot comel berwarna biru itu diangkat sebagai maskot rasmi Astro Cerita kerana ia bersesuian dengan saluran terbabit dan dekat di hati kanak-kanak.

“Jika selama ini Astro Ceria membawa watak animasi popular dalam setiap acara kami, kali ini kami mahu memperkenalkan maskot sendiri kepada penonton.

“Sebenarnya idea menghasilkan maskot Astro Ceria sudah dibincangkan sejak tahun lalu. Bagaimanapun, selepas melalui perbincangan dengan beberapa pihak kami akhirnya berjaya mencipta Cheek-e!,” katanya.

Lebih menarik, Cheek-e! juga bakal mempunyai empat lagi rakan karib yang akan bersama-sama mewarnai saluran ini menerusi pertandingan melukis ‘Cipta Kawan Cheek-e! yang dilancarkan baru-baru ini.

Pertandingan yang mendapat sokongan Kementerian Pendidikan dan terbuka kepada semua kanak-kanak warganegara Malaysia berusia empat hingga 14 tahun dilancarkan pada 8 Mei lalu.

Menerusi pertandingan itu, peserta hanya perlu mereka dan menghasilkan watak baru yang akan dipadankan dengan karakter sedia ada.

Watak kartun yang dinilai dan dipilih sebagai juara akan digunakan secara meluas dalam program dan platform digital Astro Ceria.

Marrisa berkata, pertandingan melukis dan mencipta rakan Cheek-e! ini dapat mencungkil bakat terpendam kanak-kanak selain berpeluang memilih watak terbaik kepada rakan Cheek-e! melalui hasil sentuhan kanak-kanak ini.

“Kami percaya penonton cilik ini lebih tahu apa yang mereka mahukan. Oleh itu, kami memberi kebebasan kepada mereka untuk menentukan imej rakan Cheek-e!.

“Penganjuran pertandingan ini bukan saja dapat mencungkil bakat melukis kanak-kanak, malah menggalakkan mereka untuk berimaginasi tinggi dan bermain dengan kreativiti masing-masing.

“Dalam usaha mencari empat kawan Cheek-e!, kami akan menjelajah ke 19 sekolah rendah terpilih sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Johor, Kelantan dan Sarawak.

“Selain itu, kami juga mengalukan-alukan penyertaan terbuka kepada kanak-kanak dengan memuat naik contoh lukisan yang berlakaran badan kawan Cheek-e melalui laman rasmi http://ift.tt/2rl4G5B.

Bagi 10 penyertaan terbaik, lukisan peserta akan dinilai pengacara popular, Hanis Zalikha bersama empat lagi juri profesional lain.

Menariknya, empat watak paling menarik bakal menerima hadiah sebuah Samsung Galaxy Tab A setiap seorang.

Selain itu, enam pemenang tempat kedua pula akan menerima kamera Polaroid Fujifilm Instax Mini 8 dan 30 pemenang lain akan menerima satu set Lego Classic 10703 Creative Builder Box.

The post Cheek-e! maskot rasmi Astro Ceria appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qmZpgA

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Demikianlah Artikel Cheek-e! maskot rasmi Astro Ceria

Sekianlah artikel Cheek-e! maskot rasmi Astro Ceria kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Cheek-e! maskot rasmi Astro Ceria dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/cheek-e-maskot-rasmi-astro-ceria_16.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Cheek-e! maskot rasmi Astro Ceria"

Catat Ulasan

Loading...