Loading...
Judul : Cili 'Nafas Naga' Boleh Membunuh
link : Cili 'Nafas Naga' Boleh Membunuh
Cili 'Nafas Naga' Boleh Membunuh
LONDON: Seorang chef menghasilkan cili diakui yang paling pedas di dunia dan kepedasannya dikatakan boleh membawa maut.
Cili digelar ‘Dragon’s Breath’ (Nafas Naga) dihasilkan untuk digunakan dalam rawatan perubatan sebagai anestetik kerana minyak dihasilkannya mampu mengebaskan kulit.
Mike Smith, 53, dari Wales Utara menanam cili dan sayur sejak tujuh tahun lalu, lapor Daily Post.
Kepedasan cili itu mampu menyebabkan kejutan ala anafilaksis dengan melecurkan saluran udara pemakannya seterusnya menyebabkannya tertutup.
Malah ia lebih pedas daripada semburan lada digunakan tentera Amerika Syarikat.
“Saya tidak pernah memakannya. Pernah sekali saya cuma meletakkan sedikit pada hujung lidah selama 10 saat dan lidah saya terasa seperti melecur. “Kepedasannya tidak hilang, malah menjadi bertambah pedas,” kata Smith.
Menurutnya, dia menghasilkan cili itu dengan kerjasama Universiti Not- tingham Trent untuk tujuan perubatan.
“Bagi mereka yang alah kepada anestetik, cili ini boleh digunakan kerana ia begitu pedas sehingga menyebabkan anggota badan kebas jika minyaknya disapu pada kulit,” katanya.
Selain itu, katanya, minyak cili berkenaan boleh digunakan di negara membangun yang sukar memperoleh bahan anestetik kerana kosnya yang tinggi.
Kerana kepedasannya, cili ‘Nafas Naga’ ini perlu disimpan dalam bekas kedap udara khas. Ia akan dipamerkan pada Pameran Bunga Chelsea antara 23 hingga 27 Mei ini. - Agensi/Hmetro
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qz9llf
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Cili 'Nafas Naga' Boleh Membunuh
Sekianlah artikel Cili 'Nafas Naga' Boleh Membunuh kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Cili 'Nafas Naga' Boleh Membunuh dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/cili-nafas-naga-boleh-membunuh_18.html
0 Response to "Cili 'Nafas Naga' Boleh Membunuh"
Catat Ulasan