Loading...

Cubaan Cabul Bawa Maut

Loading...
Cubaan Cabul Bawa Maut - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Cubaan Cabul Bawa Maut, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Cubaan Cabul Bawa Maut
link : Cubaan Cabul Bawa Maut

Baca juga


Cubaan Cabul Bawa Maut


Lelaki warga asing maut ditetak rakan sekerja selepas dipercayai cuba mencabul anak saudara suspek di Ladang Menggaris, Benta Wawasan, Kalabakan, dekat Tawau, Jumaat lalu.

Dalam kejadian 8.30 pagi itu, mangsa warga Indonesia, Yakobus Bala, yang bekerja sebagai buruh ladang meninggal dunia di Hospital Besar Tawau akibat kecederaan selepas ditetak dengan parang berukuran 30 sentimeter (sm).

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, siasatan mendapati ketika anak saudara perempun suspek berusia 17 tahun sedang menyiram pokok bunga di ladang berkenaan, dia didatangi mangsa, 38, dari arah belakang yang menyerkup kepala mangsa mengguna guni dan memeluk perempuan terbabit.

"Gadis itu kemudian melawan dan berjaya melepaskan diri dan sempat melihat wajah lelaki itu yang dikenalinya sebagai 'Bala' sebelum menjerit meminta pertolongan daripada bapa saudaranya (suspek).

"Suspek yang kebetulan berada berhampiran lokasi kejadian kemudian mengejar mangsa yang melarikan diri ke kawasan ladang Menggaris. Suspek berjaya menangkap mangsa laku berlaku pergelutan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, suspek yang juga warga Indonesia kemudian menetak kaki mangsa dengan parang menyebabkan dia rebah dan tidak sedarkan diri.

"Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Besar Tawau dan disahkan meninggal dunia manakala suspek ditahan pengawal keselamatan di ladang berkenaan sebelum ditahan semula anggota polis selepas dimaklumkan mengenai kejadian itu.

"Suspek berusia 42 tahun yang juga bekerja sebagai buruh ladang di kawasan itu direman sehingga Jumaat ini," katanya.

Tambah Fadil kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.-myMetro


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2scqelA

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Demikianlah Artikel Cubaan Cabul Bawa Maut

Sekianlah artikel Cubaan Cabul Bawa Maut kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Cubaan Cabul Bawa Maut dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/cubaan-cabul-bawa-maut.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Cubaan Cabul Bawa Maut"

Catat Ulasan

Loading...