Loading...

DAP sahut cabaran Rizal, mahu butiran lawatan Rosmah

Loading...
DAP sahut cabaran Rizal, mahu butiran lawatan Rosmah - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul DAP sahut cabaran Rizal, mahu butiran lawatan Rosmah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : DAP sahut cabaran Rizal, mahu butiran lawatan Rosmah
link : DAP sahut cabaran Rizal, mahu butiran lawatan Rosmah

Baca juga


DAP sahut cabaran Rizal, mahu butiran lawatan Rosmah

MALAYSIAKINI


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kampung Tunku dari DAP, Lau Weng San menyahut cabaran Pegawai Khas kepada Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor untuk mendedahkan kos dan butiran lawatan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amin Ali ke luar negara.

"Saya boleh bekalkan salinan jawapan bertulis sidang Dewan pertama tahun 2015 berkenaan dengan kos lawatan dan ekspedisi yang melibatkan portfolio pelaburan di bawah InvestSelangor bermula tahun 2004 hingga 2014.

"Pada masa yang sama, saya cabar beliau (Rizal) untuk melakukan yang sama iaitu memberi butiran terperinci lawatan isteri perdana menteri (Datin Seri Rosmah Mansor) ke London antara 4 hingga 7 Mei yang lalu," katanya dalam kenyataan.

Sebelum ini, Lau memohon pejabat perdana menteri untuk menjelaskan kos dan butiran perjalanan Rosmah ke London, khususnya antara 4 hingga 7 Mei.

Ini kerana, kata Lau, dua menteri kabinet yang sepatutnya mengiringi Rosmah dalam lawatan ke London tidak bersama dengan beliau dalam tempoh empat hari ini.

Menjawab persoalan itu, Rizal secara sinis berkata, selaku ADUN, Lau sepatutnya bertanggungjawab berhubung hal ehwal negeri dan bukan berkaitan Pusat.

Rizal kemudian melontarkan kembali pertanyaan kepada Lau berhubung lawatan Azmin ke luar negara seperti Taiwan dan Timur Tengah.

Mengulas lanjut, Lau berkata, beliau tidak menganggap kedudukannya sebagai ADUN sebagai 'kerdil' sehingga tidak berhak untuk bertanya tentang perbelanjaan Rosmah ke London itu.

"Maka saya menyeru Rizal untuk memberi penjelasan terhadap persoalan ini dan jawapan yang paling bagus.

"Tidak lain tidak bukan ialah untuk memberi butiran terperinci serta perbelanjaan lawatan isteri perdana menteri ke London itu antara 4 hingga 7 Mei," tambahnya



Demikianlah Artikel DAP sahut cabaran Rizal, mahu butiran lawatan Rosmah

Sekianlah artikel DAP sahut cabaran Rizal, mahu butiran lawatan Rosmah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel DAP sahut cabaran Rizal, mahu butiran lawatan Rosmah dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/dap-sahut-cabaran-rizal-mahu-butiran.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "DAP sahut cabaran Rizal, mahu butiran lawatan Rosmah"

Catat Ulasan

Loading...