Loading...
Judul : Doktor Disogok RM200 Supaya Tarik Report Isteri Cedera Dipukul Suami
link : Doktor Disogok RM200 Supaya Tarik Report Isteri Cedera Dipukul Suami
Doktor Disogok RM200 Supaya Tarik Report Isteri Cedera Dipukul Suami
SEORANG doktor terkejut apabila sepasang suami isteri datang ke kliniknya bukan untuk mendapatkan rawatan tetapi mahu menawarkan wang sogokan RM200.
Menerusi perkongsian Ahmad Zakimi Abdullah di akaun Facebooknya, kisah tersebut bermula apabila wanita tersebut ke kliniknya selepas mendakwa dipukul suami dengan menggunakan sepana.
Namun, beberapa hari selepas mendapatkan rawatan, wanita tersebut kembali semula ke kliniknya bersama suami untuk menarik balik laporan kesihatan sebelum ini.
“Haritu doc ada buat medical report pasal kecederaan saya dipukul suami. Boleh tak doc tarik balik report tu? Sebab suami saya sekarang kena hadir perbicaraan kes tu,” kata wanita tersebut.
“Eh! Tak boleh puan. Itu laporan pemeriksaan saya keatas puan sebagai pesakit saya. Kalu saya tarik, itu dah menyalahi etika saya sebagai seorang doktor,” kata doktor yang enggan menarik balik laporan kesihatan terhadap wanita itu.
Lebih memeranjatkan, wanita tersebut menawarkan wang sogokan sebanyak RM200 kepada doktor itu kerana tidak mahu suaminya dipenjarakan.
Ahmad Zakimi yang merupakan pegawai perubatan di sebuah hospital di Kuala Lumpur menyedari yang dia cuba dirasuah pasangan suami isteri itu meletakkan amaun yang tidak disangka iaitu RM3.8 juta.
“Ye la. Nanti saya terima duit rasuah ni saya kena buang kerja dan masuk jail. Sapa nak bagi makan anak bini saya. Kalau dah keluar jail saya kena ulang alik ke Makkah. Kena tobat banyak-banyak depan Kaabah. Almaklumlah dosa kan rasuah ni. Cukup kot RM3.8 juta untuk semua tu,” kata doktor itu.
Mendengar amaun yang dianggap keterlaluan itu, pasangan tersebut berlalu pergi.
“Itulah, masa bergaduh laki bini tak ingat dosa dan undang-undang. Masa baik-baik, bukan main romantis sangat mengalahkan cerita Fattah Amin dan Neelofa. Aku juga nak disogok, nak ditarik ke nereka. Owh tidak,” tulisnya.
Rumah tangga mana yang tidak pernah berlaku perselisihan faham, pasti ada walaupun sedikit, sebagai suami isteri perlulah memainkan peranan untuk menyelesaikan masalah.
Tetapi, walaupun berlaku pergaduhan besar dalam rumah tangga, janganlah mengambil jalan mudah sehingga suami sanggup mencederakan isteri dan boleh membawa maut pada isteri.-Suara.TV
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakap Keli News
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pG9dSe
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Doktor Disogok RM200 Supaya Tarik Report Isteri Cedera Dipukul Suami
Sekianlah artikel Doktor Disogok RM200 Supaya Tarik Report Isteri Cedera Dipukul Suami kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Doktor Disogok RM200 Supaya Tarik Report Isteri Cedera Dipukul Suami dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/doktor-disogok-rm200-supaya-tarik.html
0 Response to "Doktor Disogok RM200 Supaya Tarik Report Isteri Cedera Dipukul Suami"
Catat Ulasan