Loading...

Dollah ada sebab berbangga

Loading...
Dollah ada sebab berbangga - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dollah ada sebab berbangga, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dollah ada sebab berbangga
link : Dollah ada sebab berbangga

Baca juga


Dollah ada sebab berbangga

Oleh MUHD. ARDIE PUTRA SUHAIMI
DOLLAH tetap bangga dengan gaya persembahan Pahang walaupun tewas 2-3 kepada Kedah pada final Piala FA di Stadium Shah Alam malam kelmarin.

PENGENDALI Pahang, Dollah Salleh tidak menyesal mengarahkan Francisco Insa merantai tonggak import Kedah, Liridon Krasniqi sehingga dilihat menjadi punca kekalahan pasukannya selepas pemain naturalisasi itu dilayangkan kad merah pada perlawanan akhir Piala FA 2017 di Stadium Shah Alam malam kelmarin.

Sebagai rekod, Insa telah dilayangkan dua kad kuning pada 30 minit pertama oleh pengadil perlawanan, Nagor Amir Noor Mohamed, sekali gus menyebabkan Pahang terpaksa beraksi dengan 10 pemain sebelum tewas 2-3 kepada Kedah pada aksi penuh dramatik itu.

Jelas Dollah, layangan kad merah adalah lumrah dalam bola sepak kerana apa yang lebih penting, 10 pemain yang berada di atas padang telah bermati-matian untuk bangkit pada babak kedua tetapi nasib tidak menyebelahi pasukan.

“Saya sangat berbangga dengan pemain-pemain kami kerana mempamerkan sikap melawan terutama pada babak kedua. Mungkin faktor kelekaan dan lambat panas pada awal permainan menjadi perbezaan buat kedua-dua pasukan.

“Kita merancang untuk sekat Liridon dan Insa ditugaskan untuk me­lakukan tanggungjawab tersebut. Saya tidak menyesal meskipun beraksi dengan 10 orang, tetapi kita dapat lihat Pahang tetap bermain seperti biasa.

“Saya berharap pasukan bangkit pada aksi Liga Super menentang Selangor nanti dan segera lupakan apa yang telah terjadi pada final Piala FA kali,” kata Dollah pada sidang akhbar selepas tamat perlawanan malam kelmarin.

Kekalahan tersebut telah menyaksikan Pahang terlepas tiket ke pentas Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) musim depan dan kini terpaksa mengharapkan kejuaraan Liga Super walaupun dibezakan enam mata dengan pendahulu, Johor Darul Ta’zim (JDT).

“Saingan liga lebih sukar kerana ada tiga pasukan (JDT), Pahang dan Kedah) bersaing hebat merebut trofi musim ini. Kalau kita teruskan momentum cemerlang, kita mampu atasi jurang mata dengan pendahulu,” katanya.

Sementara Itu, bekas pengendali skuad kebangsaan itu percaya kehadiran pemain import baharu, Yamil Jorge Romero bakal memberi sinar buat pasukannya selepas mempamerkan aksi positif pada pentas final kelmarin.

“Dia (Romero) bermain dengan baik meskipun masih belum seratus peratus cergas. Pada babak pertama dia mungkin nampak sedikit perlahan tetapi peranan dan pengaruhnya semakin besar pada separuh masa ke­dua,” jelasnya.

SUMBER-Artikel Penuh: http://ift.tt/2rKukkv
Hakcipta terpelihara


Demikianlah Artikel Dollah ada sebab berbangga

Sekianlah artikel Dollah ada sebab berbangga kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dollah ada sebab berbangga dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/dollah-ada-sebab-berbangga.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Dollah ada sebab berbangga"

Catat Ulasan

Loading...