Loading...
Judul : #DUNSarawak: Program Usahawan Sarawak Terus Diperkasa
link : #DUNSarawak: Program Usahawan Sarawak Terus Diperkasa
#DUNSarawak: Program Usahawan Sarawak Terus Diperkasa
KUCHING: Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Usahawan menyasarkan tahun 2018 sebagai permulaan program keusahawanan dijalankan mengikut ketetapan dan pembahagian yang diselaraskan dari segi tarikh, tempat, pengisian serta kumpulan sasar.
Menterinya, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata dana serta peruntukan dari setiap agensi akan dapat digunakan secara lebih efisien dan bersepadu.
"Walaupun kerajaan telah menyediakan pelbagai bantuan, para usahawan juga digesa supaya menerapkan penggunaan aplikasi teknologi moden serta pendekatan yang kreaktif dan inovatif dalam perniagaan mereka agar mampu bersaing di peringkat global," ujarnya.
Tambahnya lagi, ianya selaras dengan agenda Kerajaan Negeri menuju ekonomi digital yang membolehkan produk tenpatan dipasarkan secara meluas di seluruh dunia.
Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan bagi kementeriannya.
Sementara itu, beliau berkata perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang merangkumi 97% daripada jumlah keseluruhan entiti perniagaan, merupakan tulang belakang kepada pembangunan ekonomi.
"Oleh yang demikian, pembangunan PKS adalah penting sebagai asas kepada pertubuhan ekonomi negeri ini dan negara keseluruhannya" katanya.
Menurutnya, kementeriannya telah mengambil pendekatan untuk membangunkan keusahawanan dengan harapan dapat meningkatkan mereka dari peringkat mikro hingga ke peringkat yang lebih tinggi, dengan memberi fokus kepada pembangunan kapastiti, pembangunan produk serta mempelbagai rangkaian pasarana.
"Program pembangunan kapasiti adalah merangkumi latihan dan seminar, skim bantuan geran atau pinjaman, roadshow, showcase dan ekspo, bantuan peralatan dan premis perniagaan," jelasnya. - Sarawakiana
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qDy2wU
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel #DUNSarawak: Program Usahawan Sarawak Terus Diperkasa
Sekianlah artikel #DUNSarawak: Program Usahawan Sarawak Terus Diperkasa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel #DUNSarawak: Program Usahawan Sarawak Terus Diperkasa dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/dunsarawak-program-usahawan-sarawak.html
0 Response to "#DUNSarawak: Program Usahawan Sarawak Terus Diperkasa"
Catat Ulasan