Loading...
Judul : e-Wanted Kumpul Senarai Rekod Jenayah Lampau
link : e-Wanted Kumpul Senarai Rekod Jenayah Lampau
e-Wanted Kumpul Senarai Rekod Jenayah Lampau
KOTA BHARU: Sejajar dengan kemajuan teknologi, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Kelantan menggunakan sistem e-Wanted dalam mengumpulkan senarai mereka yang memiliki rekod jenayah lampau.
Sistem yang digunakan sejak dua bulan lalu itu dihasilkan oleh Kumpulan Inovasi Kreatif (KIK), memudahkan serta mempercepatkan urusan mengenal pasti individu yang mempunyai rekod lampau seperti jenayah, narkotik, komersial dan trafik dalam sistem PDRM.
Penyelaras sistem, Deputi Superintendan Mohd Rosli Kadir, berkata sebelum ini mereka menggunakan buku log tapi dengan penggunaan sistem baharu ini, akan mempercepatkan tugasan anggota polis bagi mengumpul maklumat semua suspek.
"Dalam sistem e-Wanted, senarai mereka yang memiliki rekod lampau dikemas kini dalam komputer dan telefon bimbit yang hanya boleh diakses oleh pegawai dan anggota tertentu.
"Setakat ini hanya Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) saja yang menggunakan sistem ini," katanya ketika ditemui selepas taklimat mengenai sistem itu di IPK, sebentar tadi.
Mohd Rosli berkata dalam tempoh tiga bulan lagi, sistem itu bakal digunakan di semua IPK dan IPD seluruh negara. "Siri jelajah ke seluruh negara akan dibuat bagi memberi penerangan untuk penggunaan sistem ini.
"Beberapa penambahbaikan juga akan dilakukan sebelum diguna pakai bersama agensi lain, termasuk Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Jabatan Imigresen," katanya. BHOnline
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pFLinK
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel e-Wanted Kumpul Senarai Rekod Jenayah Lampau
Sekianlah artikel e-Wanted Kumpul Senarai Rekod Jenayah Lampau kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel e-Wanted Kumpul Senarai Rekod Jenayah Lampau dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/e-wanted-kumpul-senarai-rekod-jenayah.html
0 Response to "e-Wanted Kumpul Senarai Rekod Jenayah Lampau"
Catat Ulasan