Loading...
Judul : Enam Lagi Geng Bogel Didakwa
link : Enam Lagi Geng Bogel Didakwa
Enam Lagi Geng Bogel Didakwa
Empat individu termasuk seorang sukarelawan wanita kem motivasi di Selesa Hill Homes Resort, Bukit Tinggi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan bersubahat sama-sama berkelakuan lucah.
Mereka ialah Brendon Yong Weng Siang, Yong Kar Men (wanita), Chang King Hun dan Gan Wee Loon. Tiga tertuduh berumur 25 tahun kecuali Wee Loon berusia 26 tahun. Keempat-empat tertuduh itu membuat pengakuan tidak bersalah ketika pertuduhan ke atas mereka dibacakan di hadapan Majistret Khairuddin Anhar Mahmud.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersubahat mendatangkan kegusaran kepada Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Selesa Hill Homes Resort, Rozzana Chung Abdullah dengan berkelakuan lucah dalam permainan membuat garisan terpanjang menggunakan pakaian peserta kem.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di padang permainan resort itu pada pukul 5.30 petang, 21 Januari lalu. Bagaimanapun, semasa kejadian keempat-empat tertuduh itu tidak berbogel.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 294(a) Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 109 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga bulan atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Dalam pendakwaan berasingan, dua lagi peserta program kem motivasi berkenaan, Cheong Zhe Hou, 23, dan Zoey Chai Yuen Fei, 21, turut mengaku tidak bersalah atas tuduhan berbogel pada hari, masa dan tempat yang sama.
Mahkamah membenarkan kesemua tertuduh masing-masing diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan menyerahkan pasport mereka kepada mahkamah sehingga perbicaraan selesai. Mahkamah menetapkan 30 Jun ini untuk sebutan semula kes.
✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qi6FYh
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Enam Lagi Geng Bogel Didakwa
Sekianlah artikel Enam Lagi Geng Bogel Didakwa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Enam Lagi Geng Bogel Didakwa dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/enam-lagi-geng-bogel-didakwa.html
0 Response to "Enam Lagi Geng Bogel Didakwa"
Catat Ulasan