Loading...

FAM mula rancang strategi terbaik -- Sukan SEA Manila

Loading...
FAM mula rancang strategi terbaik -- Sukan SEA Manila - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul FAM mula rancang strategi terbaik -- Sukan SEA Manila, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : FAM mula rancang strategi terbaik -- Sukan SEA Manila
link : FAM mula rancang strategi terbaik -- Sukan SEA Manila

Baca juga


FAM mula rancang strategi terbaik -- Sukan SEA Manila



ARKIB : 28/05/2005

Oleh JOHARI SHAWAL

PETALING JAYA - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan menyusun strategi terbaik bermula sekarang sebagai persiapan skuad kebangsaan menghadapi kejohanan besar termasuk Sukan SEA Manila dan Piala Belia Asia 2007.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Seri Dr. Ibrahim Saad berkata, di bawah pentadbiran beliau, Piala Belia Asia 2007 menjadi keutamaan tetapi tidak mengetepikan cabaran Sukan SEA Manila.

``Kita mahu kekalkan kedudukan baik kita dalam Sukan SEA selain memberi tumpuan penuh kepada Piala Belia Asia.

``Untuk itu, kita ada perancangan yang difikirkan sesuai untuk mereka sebelum ke Manila,'' kata Dr. Ibrahim.

Beliau berkata, FAM sedang merangka perancangan itu, antara lain melibatkan perlawanan-perlawanan persahabatan di luar negara.

``Beberapa perlawanan persahabatan di luar negeri akan diatur yang mungkin termasuk di Poland, Uzbekistan dan Thailand,'' katanya.

Dr. Ibrahim berkata demikian kepada pemberita pada majlis menandatangani perjanjian mengenai Pusat Latihan Awam Pertama Sekolah Bola Sepak Arsenal di sini, semalam.

Acara bola sepak Sukan SEA diperuntukkan bagi pemain bawah 23 tahun dan pencapaian terbaik Malaysia setakat ini ialah muncul naib juara pada temasya 2001 di Kuala Lumpur dan tempat ketiga di Vietnam 2003.

Malaysia menjadi tuan rumah untuk Piala Belia Asia 2007.

Sementara itu, Sekolah Menengah La Salle di sini menjadi medan pertama untuk latihan yang dikendalikan oleh Sekolah Bola Sepak Arsenal.

Ia dikendalikan oleh bekas jurulatih Kedah, Robert Albert yang pernah membantu Kedah menjuarai Piala Malaysia pada 1993.

Albert akan dibantu oleh bekas penolong jurulatih skuad Olimpik Malaysia, B. Satianathan.

Albert berkata, Sekolah Bola Sepak Arsenal yang dikendalikan oleh Ark Sports Management Sdn. Bhd. di Malaysia, merancang untuk membuka enam lagi pusat latihan menjelang Februari 2006.

Pusat latihan terbesar dijangka diwujudkan di Port Dickson yang kemudian akan dikembangkan ke Johor, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

``Semua program latihan akan dikendalikan oleh jurulatih yang memenuhi kriteria kelayakan program latihan Arsenal.

``Pelajar dalam program ini akan berpeluang untuk menyertai Festival Tahunan Bola Sepak Antarabangsa Arsenal yang diadakan setiap tahun di London, England,'' kata Albert.

Latihan pertama Sekolah Bola Sepak Arsenal di Sekolah Menengah La Salle itu dijadual berlangsung 25 Jun ini.

SUMBERArtikel Penuh: http://ift.tt/2r6NhQW
© Utusan Melayu (M) Bhd


Demikianlah Artikel FAM mula rancang strategi terbaik -- Sukan SEA Manila

Sekianlah artikel FAM mula rancang strategi terbaik -- Sukan SEA Manila kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel FAM mula rancang strategi terbaik -- Sukan SEA Manila dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/fam-mula-rancang-strategi-terbaik-sukan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "FAM mula rancang strategi terbaik -- Sukan SEA Manila"

Catat Ulasan

Loading...