Loading...
Judul : [Foto] ‘Nak Ambil Gambar Sini (KLCC), Pergi Balik Hotel Tukar Baju’
link : [Foto] ‘Nak Ambil Gambar Sini (KLCC), Pergi Balik Hotel Tukar Baju’
[Foto] ‘Nak Ambil Gambar Sini (KLCC), Pergi Balik Hotel Tukar Baju’
Ketika kerajaan kini komited mempromosikan program Ekspresi Negaraku bagi menyemarakkan rasa cinta terhadap negara dan mengetepikan perbezaan dalam kalangan rakyat Malaysia, lain pula yang berlaku kepada sekumpulan penari kebudayaan dari Sarawak.
Kumpulan penari berkenaan didakwa dihalau oleh pihak pengurusan Suria KLCC hanya kerana mereka memakai pakaian traditional Sarawak ketika mahu merakam gambar di kawawan sekitar Taman KLCC, baru-baru ini, lapor The Reporter.
Insiden diskriminasi itu dikongsi seorang pengguna Facebook bernama Abam Supir, dipercayai seorang pemandu teksi yang bertanggungjawab membawa kumpulan penari kebudayaan itu untuk mengunjungi lokasi ikonik itu.
Dakwa Abam Supir, kumpulan penari itu yang datang ke Kuala Lumpur bagi menyertai pertandingan tarian yang diadakan di Angkasapuri, Kuala Lumpur dilarang bergambar di taman berkenaan oleh pengurusan Suria KLCC dengan alasan tidak memakai pakaian yang sesuai.
"Mereka dihalau, seolah-olah memakai pakaian kebudayaan tersebut satu kesalahan. Bila ada pelancong yang mahu bergambar dengan mereka juga tidak dibenar.
“Yang lebih menguris perasaan apabila pihak berkenaan melemparkan kata-kata yang tidak sepatutnya, ‘nak amek (ambil) gambar sini, pergi balik hotel tukar baju dulu...’,” demikian menurut Abam Supir dalam kemaskini di laman Facebooknya, seperti dilapor portal tersebut.
Berang dengan sikap biadab pihak terbabit, Abam Supir mempersoalkan ‘garis panduan’ yang ditetapkan pihak pengurusan Suria KLCC kepada orang awam sekiranya mahu bergambar di kawasan tersebut.
“Apa kebodohan garis panduan pengurusan yang diguna pakai pun tak tahu. Mereka cuma singgah bergambar di taman (dan) kolam sahaja. Diulang hanya bergambar di taman atau di kolam sahaja, bukan nak buat persembahan. Bukan ambil gambar di dalam bangunan Petronas pun tetapi dihalau seperti kucing kurap…,” luahnya kesal.
Namun, semakan Malaysian Digest di laman Facebook Abam Supir mendapati status tersebut telah dipadam.
Walau bagaimanapun, beberapa blog turut berkongsi status tersebut dan memuat naik gambar menunjukkan kumpulan menari itu lengkap memakai pakaian tradisional Sarawak.
Rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan pihak pengurusan Suria KLCC.
Sumber: Malaysian Digest
✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pNdvEj
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel [Foto] ‘Nak Ambil Gambar Sini (KLCC), Pergi Balik Hotel Tukar Baju’
Sekianlah artikel [Foto] ‘Nak Ambil Gambar Sini (KLCC), Pergi Balik Hotel Tukar Baju’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel [Foto] ‘Nak Ambil Gambar Sini (KLCC), Pergi Balik Hotel Tukar Baju’ dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/foto-nak-ambil-gambar-sini-klcc-pergi.html
0 Response to "[Foto] ‘Nak Ambil Gambar Sini (KLCC), Pergi Balik Hotel Tukar Baju’"
Catat Ulasan