Judul : GDP Kanada Naik 0.5% Pada Mac, Kadar Tahunan Meleset Dari Jangkaan
link : GDP Kanada Naik 0.5% Pada Mac, Kadar Tahunan Meleset Dari Jangkaan
GDP Kanada Naik 0.5% Pada Mac, Kadar Tahunan Meleset Dari Jangkaan
Pertumbuhan ekonomi (GDP) Kanada naik 0.5% pada Mac tidak berubah dari bacaan bulan sebelum itu dan melebihi jangkaan pasaran kenaikan 0.3%.
Keluaran Dalam Negara Kasar, KDNK (Gross Domestic Product, GDP) meningkat 0.9% pada suku pertama dengan kadar tahunan 3.7% berbanding jangkaan 3.9% dan bacaan ini juga melebihi suku keempat 2016 dengan 2.7%.
Penggunaan kewangan isirumah naik 1.1% pada suku pertama berbanding kenaikan 0.7% sebelum ini, manakala pelaburan perniagaan meningkat 2.9%. Terdapat juga pengukuhan pertumbuhan pelaburan dalam sektor perumahan.
Eksport pula merosot pada suku pertama di mana sektor perdagangan menyumbang bacaan negatif dalam tempoh tersebut dengan jumlah import yang tinggi. Permintaan domestik naik 1.2%.
Bank of Canada sebelum ini dilihat begitu yakin dengan keadaan semasa ekonomi dan juga jangkaan mereka dalam kenyataan bank pusat bulan Mei. Namun, bank pusat masih menjangka pengukuhan pada suku pertama akan semakin perlahan pada suku kedua.
Bank pusat juga menyatakan perubahan terhadap harga (price adjustment) minyak mentah yang rendah sudah selesai dan data ekonomi terkini adalah memberangsangkan, termasuk petunjuk pelaburan perniagaan. Perbelanjaan pengguna dan sektor perumahan turut kukuh dengan pasaran buruh yang semakin baik.
Data kali ini konsisten dengan ramalan yang telah dibuat oleh bank pusat dan keyakinan secara keseluruhan dalam pertumbuhan kekal kukuh dalam jangka pendek.
Dolar Kanada mengukuh sejurus data ini dikeluarkan namun melemah semula dalam masa yang singkat berbanding US dolar.
The post GDP Kanada Naik 0.5% Pada Mac, Kadar Tahunan Meleset Dari Jangkaan appeared first on MOSHED.COM.
✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ro7wKi
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel GDP Kanada Naik 0.5% Pada Mac, Kadar Tahunan Meleset Dari Jangkaan
Anda sekarang membaca artikel GDP Kanada Naik 0.5% Pada Mac, Kadar Tahunan Meleset Dari Jangkaan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/gdp-kanada-naik-05-pada-mac-kadar.html
0 Response to "GDP Kanada Naik 0.5% Pada Mac, Kadar Tahunan Meleset Dari Jangkaan"
Catat Ulasan