Loading...
Judul : Gempa Bumi Kuat Landa Tengah Sulawesi
link : Gempa Bumi Kuat Landa Tengah Sulawesi
Gempa Bumi Kuat Landa Tengah Sulawesi
JAKARTA: Satu gempa bumi kuat melanda tengah wilayah Sulawesi petang kelmarin menyebabkan sekurang-kurangnya tiga cedera dan merosakkan beberapa rumah serta bangunan.
Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat memberitahu, gempa bumi berukuran 6.8 magnitud berpusat di kawasan penduduk padat, kira-kira 79 kilometer dari Palu dan pada kedalaman 9.1 kilometer.
Agensi pengurusan bencana kebangsaan berkata, beberapa bangunan rosak di bandar Poso yang terletak berhampiran pusat gempa.
Beberapa rumah dan gereja di kampung berhampiran juga mengalami kerosakan.
Sekurang-kurangnya tiga penduduk dirawat di hospital akibat cedera di kepala selepas dihempap runtuhan bangunan.
Agensi meteorologi, klimatologi dan geofizik Indonesia merekodkan 14 gempa susulan mencecah 5.2 magnitud, juga pada kedalaman yang cetek.
Ia bagaimanapun tidak mencetuskan amaran tsunami.
Gempa bumi yang berpusat pada kedalaman yang cetek biasanya menyebabkan kerosakan besar. - AP
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rm0yWo
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Gempa Bumi Kuat Landa Tengah Sulawesi
Sekianlah artikel Gempa Bumi Kuat Landa Tengah Sulawesi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Gempa Bumi Kuat Landa Tengah Sulawesi dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/gempa-bumi-kuat-landa-tengah-sulawesi.html
0 Response to "Gempa Bumi Kuat Landa Tengah Sulawesi"
Catat Ulasan