Judul : Google I/O 2017 – Ini Adalah 6 Ciri Baru Pada Android O
link : Google I/O 2017 – Ini Adalah 6 Ciri Baru Pada Android O
Google I/O 2017 – Ini Adalah 6 Ciri Baru Pada Android O
Pada acara Google I/O, semestinya salah satu sesi yang dinantikan ramai adalah berkaitan Android. Selepas memperkenalkan Android O Developer Preview tidak lama sebelum ini, hari ini pada Google I/O 2017, gergasi internet berkenaan turut mengumumkan penawaran Android O Beta.
Melalui Android O, Google menawarkan beberapa ciri-ciri baru melaluinya, termasuk Project Treble yang telah diumumkan sebelum ini.
Picture-in-Picture
Beberapa aplikasi dan pengeluar peranti sedia menawarkan ciri Picture-in-Picture, dimana melaluinya ia hadir dengan sebuah tetingkap yang terapung di luar bagi membolehkan anda menikmati aplikasi lain ketika pada masa yang sama mengakses aplikasi sedia ada. Kini, Google sendiri mengintegrasikan ciri ini secara rasminya pada Android O.
Fungsi ini akan hadir dan ditawarkan sebagai penambahan kepada ciri multi-tasking sedia ada. Sebagai contoh, kini pengguna boleh menonton video YouTube, dan pada masa yang sama turut mengakses aplikasi seperti Google Keep untuk mencatatkan nota dan sebagainya.
Notification Dots
Android sedia terkenal kerana penawaran ciri notifikasi yang sangat baik berbanding platform mudah-alih yang lain. Kini, pada Android O, ia ditambah baik melalui Notification Dots.
Melaluinya, ia memaparkan sebuah titik penanda khas pada ikon sekiranya terdapat notifikasi dan perkembangan pada aplikasi berkenaan.
Selain itu, pengguna juga turut boleh tap seketika pada sesuatu ikon aplikasi, dan melihat notifikasi berkaitan dengan aplikasi berkenaan.
Google Play Protect
Dengan perkembangan sekuriti, kini Google menawarkan imbasan sekuriti tambahan pada Google Play. Selain mengimbas aplikasi ketika dimuat-naik ke Google Play Store oleh pembangun, kini peranti Android turut akan mengimbas sesuatu aplikasi sebelum ia dimuat-turun untuk mengelakkan malware. Google menamakan perkara ini sebagai Google Play Protect, dan ia hadir melalui Google Play Store.
Masa Boot Yang Lebih Pantas
Pada hari ini, sekiranya anda memulakan peranti Android anda, ia sering mengambil masa yang lama untuk dimulakan. Melalui Android O, Google ingin mengatasinya melalui perubahan pada struktur sistem operasi berkenaan.
Selain masa boot yang lebih pantas untuk peranti, ia juga memberikan kesan positif kepada masa aplikasi dibuka yang turut menjadi lebih laju berbanding sebelum ini.
Smart Text Selection
Ciri menyalin teks dan menampalnya pada lokasi lain di Android sedia mudah. Kini, melalui Android O, ia terus ditambah-baik dengan sokongan integrasi pembelajaran mesin. Sebagai contoh, kini sekiranya anda dwi-tap pada sebahagian perkataan yang melibatkan alamat, ia akan memilihnya secara keseluruhan. Disamping itu, ia juga akan memberikan pautan pantas kepada Google Maps untuk memulakan navigasi dan sebagainya. Perkara sama juga akan dilakukan untuk nombor telefon, atau emel.
Penambah-baikkan Bateri
Seperti kebiasaan, penggunaan bateri juga turut diberikan fokus melalui Android O. Kini, sistem operasi mudah-alih popular ini boleh mengenal-pasti aktiviti yang dilakukan sesuatu aplikasi pada latar, dan mengehadkan ia supaya tidak menghabiskan tenaga bateri tanpa penggunaan yang diperlukan.
Bersama-sama perkongsian pelbagai ciri-ciri baru ini, Google turut mengumumkan penawaran Android O Beta untuk peranti Nexus dan juga Pixel. Versi akhir dan namanya dijangka akan diketahui dalam beberapa bulan lagi.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rs7X30
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Google I/O 2017 – Ini Adalah 6 Ciri Baru Pada Android O
Anda sekarang membaca artikel Google I/O 2017 – Ini Adalah 6 Ciri Baru Pada Android O dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/google-io-2017-ini-adalah-6-ciri-baru.html
0 Response to "Google I/O 2017 – Ini Adalah 6 Ciri Baru Pada Android O"
Catat Ulasan