Loading...

Guna Handphone Semasa Hujan Akhirnya Terkena Renjatan Elektrik, Pengalaman Ngeri Seumur Hidup Aku

Loading...
Guna Handphone Semasa Hujan Akhirnya Terkena Renjatan Elektrik, Pengalaman Ngeri Seumur Hidup Aku - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Guna Handphone Semasa Hujan Akhirnya Terkena Renjatan Elektrik, Pengalaman Ngeri Seumur Hidup Aku, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Guna Handphone Semasa Hujan Akhirnya Terkena Renjatan Elektrik, Pengalaman Ngeri Seumur Hidup Aku
link : Guna Handphone Semasa Hujan Akhirnya Terkena Renjatan Elektrik, Pengalaman Ngeri Seumur Hidup Aku

Baca juga


Guna Handphone Semasa Hujan Akhirnya Terkena Renjatan Elektrik, Pengalaman Ngeri Seumur Hidup Aku

Wanita ini berkongsi pengalamannya menggunakan telefon bimbitnya ketika sedang hujan yang akhirnya menyebabkan dia terkena renjatan elektrik secara tiba-tiba. Semoga dijadikan pengajaran untuk semua pengguna telefon bimbit. Berhati-hatilah dan semoga pengalaman wanita ini akan membuatkan kita semua lebih berwaspada.

Dari: Nik Nur Fila

Pengalaman ngeri seumur hidup.

Petir petang tadi, kuat kan? Nasib baik tak arwah. Syukur masih dipanjangkan umur hingga sekarang. Masa menaip ini pun masih trauma, tangan terketar-ketar, kebas, seriau nak pegang handphone. Betullah kata orang, bila dah terkena pada diri sendiri, barulah kau tahu apa rasanya dan ya, hari ini giliran saya terkena.

Innalillahiwaillahirajiun..

Sesiapa sebelum ini pun pernah pesan, jangan main handphone semasa ia sedang dicas. Jangan pegang handphone semasa hujan lebat. Nak dijadikan sebab, maghrib tadi baru lima minit pegang handphone sebab seharian jaga anak demam. Tak sempat nak scroll newsfeed, tiba-tiba terbaca satu berita seorang sahabat meninggal dunia hari ini.

Baru saja nak komen, tiba-tiba petir berdentum. Satu rumah blackout, plug hangus, skrin handphone pecah (mungkin sudah rosak). Bayangkan saya yang sedang pegang handphone pada waktu kejadian, tak tahu macam mana dengan berat 77 kilogram pun boleh melayang melambung semua sampai dari bucu katil sana ke bucu katil sini.

Dia punya sakit, jangan cakaplah. Menangis sampai hilang suara. Telinga berdesing, kepala bengong, tangan kanan tak rasa apa. Kebas sampai sekarang. Sendi semua rasa sengal.

Screen phone pecah, phone pun blackout.
Alhamdulillah, syukur sebab tak kena renjatan atau hangus tanpa taubat. Dahsyat tak dahsyat, dinding bilik sampai retak teruk. Nasib baik tak ada litar pintas yang berlaku.
Peringatan pada diri sendiri juga atau kepada sesiapa yang suka bermain handphone. Kalau hujan lebat, perlahan-lahan cabut plug yang mana tak digunakan. Kena renjatan elektrik sebab tangan basah itu tidak sama rasanya terkena petir ini. Boleh maut kalau terlambat.
Kuat tak kuat dentuman petir tadi, dinding retak macam kena gempa bumi.

Tudia haaa. Nasib baik dinding simen, kalau dinding kayu dah boleh kopak buang ni, dahsyatnya ya rabbi.
Alhamdulillah sekarang dah boleh gerakan jari secara perlahan-lahan. Tetapi tangan kanan masih kebas tak terasa. Telinga pun masih berdesing, darah di tangan masih belum stabil (pucat). Nasib baik ada suami, dia pun terkena. Jadi bolehlah sama-sama ketawa. Hahaha!

Jadi berhati-hatilah kalau nak guna handphone yang sedang dicas. Kalau boleh tak payah sentuh pun handphone yang sedang dicas atau ketika waktu hujan kalau tak nak rasa pengalaman gegar otak, kepala bengong dan sebagainya. Hati-hati ya.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2q03Uur

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Demikianlah Artikel Guna Handphone Semasa Hujan Akhirnya Terkena Renjatan Elektrik, Pengalaman Ngeri Seumur Hidup Aku

Sekianlah artikel Guna Handphone Semasa Hujan Akhirnya Terkena Renjatan Elektrik, Pengalaman Ngeri Seumur Hidup Aku kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Guna Handphone Semasa Hujan Akhirnya Terkena Renjatan Elektrik, Pengalaman Ngeri Seumur Hidup Aku dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/guna-handphone-semasa-hujan-akhirnya.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Guna Handphone Semasa Hujan Akhirnya Terkena Renjatan Elektrik, Pengalaman Ngeri Seumur Hidup Aku"

Catat Ulasan

Loading...