Loading...
Judul : Hadi Awang: PAS kekalkan Takiyuddin Sebagai Setiausaha Agung
link : Hadi Awang: PAS kekalkan Takiyuddin Sebagai Setiausaha Agung
Hadi Awang: PAS kekalkan Takiyuddin Sebagai Setiausaha Agung
ALOR SETAR: Barisan kepimpinan PAS yang baharu memutuskan untuk mengekalkan Datuk Takiyuddin Hassan sebagai Setiausaha Agung bagi penggal 2017-2019.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata keputusan dibuat menerusi mesyuarat khas sebaik sahaja muktamar selesai.
“Kita telah bermesyuarat sebentar tadi dan kita bersetuju kekalkan Takiyuddin sebagai Setiausaha Agung untuk penggal baharu,” katanya semasa sidang media selepas ucapan pergulungan Muktamar PAS kali ke-64 di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut hari ini.
Keputusan Pemilihan Jawatankuasa Kerja PAS bagi penggal 2017-2019 menyaksikan lebih 90% muka lama kekal menerajui barisan kepimpinan parti Islam itu.
Ia juga menyaksikan pencabar Nasrudin Hassan tewas kepada penyandang Datuk Mohd Amar Abdullah, Idris Ahmad dan Datuk Iskandar Samad dalam pertaruhan untuk menjadi naib presiden.
Perwakilan memilih untuk mengekalkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Presiden, dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai Timbalannya.
Kedua-duanya diisytiharkan menang tanpa bertanding selepas tidak dicabar mana-mana individu, sekaligus memberi isyarat ahli parti meyakini gandingan Hadi-Tuan Ibrahim mendepani Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Mengulas mengenai tuduhan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bahawa perjuangan PAS ‘sesat’, Hadi berkata DAP sebenarnya parti sesat dan tidak mempunyai pendirian.
Katanya, perjuangan PAS tidak pernah terpesong sejak ia ditubuhkan buktinya perjuangan dalam membawa rang undang-undang persendirian untuk meminda Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau RUU 355 sehingga ia diluluskan.
“Kita parti yang paling konsisten, contohnya dalam kita membawa RUU 355, sebaliknya DAP membuat bantahan,” katanya.
Melalui RUU itu, PAS mahu mengusulkan pindaan untuk meningkatkan hukuman maksimum bagi kesalahan syariah hingga penjara 30 tahun daripada 3 tahun, denda RM100,000 daripada denda RM5,000 dan 100 sebatan rotan daripada 6 sebatan rotan.
Sebelum ini, FMT melaporkan Hakim bersara Datuk Mohamad Ariff Md Yusof berkata pindaan tersebut terdedah kepada pelbagai jenis salah guna. #sumber
Demikianlah Artikel Hadi Awang: PAS kekalkan Takiyuddin Sebagai Setiausaha Agung
Sekianlah artikel Hadi Awang: PAS kekalkan Takiyuddin Sebagai Setiausaha Agung kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Hadi Awang: PAS kekalkan Takiyuddin Sebagai Setiausaha Agung dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/hadi-awang-pas-kekalkan-takiyuddin.html
0 Response to "Hadi Awang: PAS kekalkan Takiyuddin Sebagai Setiausaha Agung"
Catat Ulasan